Nak pikat hati wanita di Malaysia? Tak susah pun, ada caranya.
Rupa paras bukanlah menjadi faktor utama bagi para wanita yang mencari pasangan mereka. Tapi hanya beberapa ciri ini yang dicari, memang boleh cair terus!
Nak tahu jenis lelaki macam mana boleh cairkan wanita di Malaysia, teruskan membaca entri kali ini sampai habis okay?
Penting kalau lelaki itu kelakar
Senang sahaja nak tawan hati wanita, lelaki perlu pastikan mereka mempunyai sense of humor. Confirm ramai wanita yang tertarik.
Lelaki yang kelakar ini memberi tanggapan bahawa mereka bukanlah individu yang membosankan, memiliki kehidupan yang ceria dan pandai mengurus masalah tanpa merisaukan atau membebankan orang lain.
Malah ada kebanyakan wanita yang beranggapan lelaki kelakar ini merupakan calon suami yang terbaik berbanding dengan lelaki yang terlampau serius.
Jadi romantik dalam cara tersendiri
Wanita paling suka kalau lelaki menjadi romantik dalam cara mereka tersendiri. Sama ada membuka pintu untuk wanita, memasak, membuat kejutan dan sebagainya.
Tetapi paling senang nak pikat wanita dan membuatkan kamu menjadi romantik, hadiahkan mereka bunga. Kalau kamu nak tahu, bunga merupakan salah satu cara yang mudah untuk menggembirakan mereka.
Ada kajian mengatakan, beri bunga pada wanita dapat menunjukan lelaki sebagai seorang yang romantik dan dapat menaikkan mood wanita.
Wanita memang suka lelaki yang tinggi
Kalau kamu nak tahu, lelaki yang tinggi ini memberi banyak gambaran pada wanita.
Antaranya adalah lelaki tinggi membuatkan para wanita berasa lebih selamat dan dilindungi apabila berada di sekeliling mereka. Malah sifat feminin wanita lebih terserlah.
Tetapi jika pasangan kamu tidak memiliki ketinggian seperti yang kamu mahukan, jangan sedih kerana tak semestinya mereka perlu tinggi untuk buatkan kamu rasa selamat dan dilindungi.
Wanita rasa lelaki yang sihat adalah seksi
Sihat di sini bukanlah bermaksud lelaki perlu mempunyai otot badan yang besar dan sebagainya.
Tetapi sihat tersebut merupakan mereka yang pandai menjaga diri sendiri, kebersihan diri, memiliki gaya hidup yang sihat dan sebagainya.
Dan paling penting adalah lelaki perlu pandai mengurus emosi mereka kerana kebanyakan mereka mengalami kesukaran. Ini kerana mereka telah diajar untuk tidak menunjukkan dan mengurus emosi.
Selesa dan mudah melayan karenah kanak-kanak
Menurut kajian, lelaki yang sukakan kanak-kanak mempunyai peluang tiga kali ganda untuk menawan hati wanita berbanding lelaki yang tidak suka kanak-kanak.
Tambah-tambah lagi apabila lelaki mudah berasa selesa dan nampak caring bila bersama kanak-kanak. Wanita menganggap lelaki begini memang menarik dan sesuai dijadikan pasangan.
Logiknya apabila lelaki menunjukkan perihal sebegini, secara automatik wanita akan mendapat ‘tanda’ bahawa dia akan melayan anak dengan baik pada masa akan datang.
Lelaki penyayang dan setia memang nampak hot!
Siapa sahaja yang tak sukakan lelaki yang penyayang dan setia, betul tak?
Untuk pengetahuan kamu, lelaki yang penyayang ini akan membuatkan para wanita berasa selesa, disayangi dan yakin untuk berdamping dengan mereka. Walaupun lelaki sering dikaitkan dengan perwatakan garang, tapi tak salah untuk mempunyai sifat penyayang.
Selain itu, lelaki yang setia memang menjadi idaman wanita. Jika kamu memiliki pasangan yang setia, jangan lepaskan mereka. Ini kerana lelaki yang setia akan meyayangi dan jaga pasangan mereka dengan baik.
Walaupun ada banyak lagi ciri-ciri lelaki idaman wanita, tetapi 6 ciri di atas merupakan pilihan kebanyakan wanita di Malaysia. Nak cari pasangan, pastikan kamu mencari yang selesa dan menepati ciri-ciri kamu mahukan.
Yang sudah ada pasangan adakah si dia memiliki ciri seperti ini, cuba kongsikan dengan Wanista.