Susah dapatkan tidur dengan nyenyak dan susah lelapkan mata? Mudah sahaja, lepas ini sebelum tidur pakailah stokin.
Seperti yang dikongsi oleh seorang doktor di TikTok, pakai stokin sebelum tidur boleh bantu kamu tidur dengan cepat, nyenyak dan mendapatkan tidur yang berkualiti.
Nak tahu lebih lanjut mengenainya? Baca kupasa di bawah sampai habis okay.
Trik mudah dan cepat untuk terlelap
Menerusi klip video pendek yang dikongsi oleh Dr. Andrade, beliau mengatakan individu yang memakai stokin lebih mudah untuk terlelap berbanding mereka yang tidur tanpa stokin.
Ini kerana stokin berfungsi untuk memanaskan kaki untuk membuatkan saluran darah terbuka untuk menyejukkan keseluruhan badan.
“Apabila berlaku penurunan suhu dalam badan, ia akan memberitahu otak bahawa sudah tiba masanya untuk tidur. Jadi sebab itulah kena pakai stokin sebelum tidur terutamanya bagi mereka yang mengalami kesukaran untuk tidur awal.”
Untuk pengetahuan kamu, apabila suhu badan menurun ia akan menghasilkan melatonin yang dikenali sebagai hormon tidur. Di mana ia akan membuatkan seseorang individu menjadi tenang dan mengantuk secara semula jadi.
@doctorjesss I wear socks to bed so don’t come at me im not weird
Macam mana stokin boleh bantu kamu tidur dengan cepat?
Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan kamu tidur dengan cepat setelah memakai stokin.
Antaranya adalah nak cepat tidur mestilah ada peraturan suhu dalam badan kerana ia memainkan peranan penting dalam proses untuk tidur.
Selain itu, pakai stokin sebelum tidur boleh tingkatkan aliran darah ke kaki iaitu mengeluarkan haba melalui kulit. Pada masa yang sama ia dapat turunkan suhu badan dengan berkesan.
Situasi ini sama seperti kamu mandi air panas dan berada dalam bilik air yang sejuk atau rendamkan kaki selama 10 minit sehingga 15 minit sebelum tidur.
Tapi trik ini juga tak berkesan bagi sesetengah orang
“Bagi sesetengah orang, ia tidak semudah itu untuk mereka tidur pakai stokin.”
Menurut Dr. Andrade, jika seseorang individu itu tidak suka atau tidak selesa memakai stokin ketika tidur trik ini tidak akan berkesan ke atas mereka.
Beberapa pengguna TikTok yang melakukan trik tersebut juga memberi maklum balas dengan mengatakan mereka tidak beberapa selesa tidur memakai stokin.
“Kenapa saya tak boleh tidur kalau pakai stokin dan kenapa saya tidur dengan nyenyak tanpa memakainya?”
Secara saintifiknya, pakai stokin ketika tidur memang boleh membantu seseorang individu itu tidur dengan lebih cepat dan nyenyak.
Jadi kamu sebelum tidur pakai stokin atau tidak? Jika tidak pernah memakainya, apa kata kamu cuba dan kongsikan dengan Wanista mengenainya.
Selamat beramal ♥