Tanyalah mana-mana pakar kecantikan, dermatologi, pemakaian krim pelindung matahari tersangatlah penting.
Tahukah anda bahawa pancaran UV adalah merupakan 80% penyumbang kepada masalah penuaan kulit wajah? Ini adalah termasuk, kemunculan kedutan, pigmentasi, kering, serta kekusaman kritikal. Anda nak ke kelihatan jauh lebih tua dari umur anda yang sebenar?
Ingat, bila melangkah keluar dari rumah, jangan sesekali lupa memakai sunscreen. Cuma bila dah banyak sangat jenama di pasaran, kamu jadi keliru mahu mendapatkan produk yang betul-betul sesuai dengan kulit.
Beauty guru Michelle Phan berkongsi beberapa jenama sunscreen yang mengubah hidupnya.
Canmake Mermaid Skin Gel UV SPF 50+ PA++++ (BELI)
- Foto – Canmake
Lindungi kulit dari sinaran matahari yang berbahaya dengan krim gel yang meresap ke dalam kulit tanpa rasa melekit. Tekstur jernih tidak meninggalkan wajah putih bercapuk, dan mempunyai kesan pencerahan yang sesuai untuk kulit kusam.
Shiseido Senka Aging Care UV Sunscreen SPF50+ PA++++ (BELI)
Sesuai untuk kulit kering kerana ianya membuatkan kulit menjadi lembap serta-merta. Krim ini mempunyai formula ‘agar gel’ berasaskan air mineral yang membuatkan ia terasa seperti serum pada kulit.
- Foto – Amazon
Menggunakan campuran Coenzyme Q10 dan asid hyaluronik untuk memastikan kulit sentiasa terhidrasi.
Shiseido Anessa Perfect UV Sunscreen Mild Milk SPF 50+ PA++++ (BELI)
Sunscreen bebas alkohol, bebas wangian dan bebas paraben mempunyai formula yang lembut dan bebas aditif sesusai untuk keperluan kulit kanak-kanak dan bayi yang sensitif.
- Foto – Anessa
Ia menampilkan teknologi Aqua Booster yang bertindak balas dengan mineral dalam peluh dan air semasa bersentuhan. Kulit terasa selesa dan halus seperti sutera bila disapu ke muka.
PURITO Comfy Water Sun Block SPF50+ PA++++ (BELI)
Krim pelindung matahari ‘mineral’ yang sangat ringan. Bila disapu ke muka, ia agak barair tapi meninggalkan dengan kemasan matte, jadi ia tidak menjadikan kulit lebih berminyak atau kering.
- Foto – Hermo
Mempunyai 70% berasaskan air yang diformulasikan dengan CICA memberikan kulit yang lembap tanpa melekit dan warna putih yang terdiri dari bahan-bahan yang selamat.
Supergoop! Unseen Sunscreen SPF 40 (BELI)
- Foto – Supergoop
Boleh juga dijadikan sebagai primer. Krim gel yang jernih langsung tidak kelihatan, tanpa bau dengan SPF 40. Awalnya bila disapu kelihatan agak melekit, tapi bila dah blend ia meninggalkan kemasan yang lembut dan selesa.
Memakai sunscreen adalah salah satu kaedah terbaik dan termudah untuk melindungi penampilan dan kesihatan kulit anda pada usia berapa pun. Gunakan secara teratur membantu mencegah selaran matahari, kanser kulit dan penuaan pramatang.
Selamat Beramal!