Siapa di sini suka makan bubur lambuk?
Popular dalam bulan Ramadhan, bubur lambuk ini memang menjadi juadah yang wajib. Kalau tak ada juadah ini, memang tak lengkaplah puasa.
Kalau kamu nak tahu bubur lambuk di bazar, masjid dan buat sendiri memang lain rasanya. Tapi kali ini, Wanista nak kongsikan cara buat bubur lambuk yang sedap dan ringkas!
Bahan-bahan:
- Beras – 2 pot
- Daging tetel
- Kentang
- Lobak merah
- Bawang besar
- Bawang putih
- Halia
- Lada Hitam
- Kiub pati ayam
- Rempah sup
- Bawang goreng
- Daun sup
- Daun bawang
- Santan – 1 kotak
Cara-caranya:
- Blend bawang putih, bawang merah dan halia sehingga halus.
- Kemudian tumis bahan blend sehingga naik bau.
- Bila sudah naik bau, masukkan rempah sup dan tumis lagi sekali.
- Kemudian masukkan daging tetel dan gaulkan sehingga sebati.
- Selepas itu masukkan beras dan jangan masukkan air. Gaul bagi sebati.
- Selepas sebati masukkan air dan suka. Kemudian masukkan lobak merah dan kentang.
- Apabila nasi sudah 3/4 masak, masukkan sekotak santan.
- Masukkan garam, lada hitam dan kiub pati ayam dan gaul sebati.
- Akhir sekali taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Bubur lambuk ini bukan sahaja sedap malah memang mudah disediakan, betul tak? Kamu juga boleh mencuba resepi ini untuk berbuka sekejap lagi.
Selamat mencuba!