Tipulah tak ada orang tak pernah putus hubungan keluarga demi cinta dan kekasih hati, sebenarnya ada dan banyak kes seperti ini berlaku di Malaysia dan negara-negara lain.
Pastinya ada yang tertanya-tanya mengapa hal sebegini boleh berlaku, dan berfikir sama ada berbaloikah putuskan hubungan keluarga demi orang yang baru kita kenal.
Bukan semua orang bersikap begini tapi sebahagian yang bertindak begini biasanya disebabkan beberapa faktor, ikuti jawapannya di bawah.
Darah panas
- Foto – Pixabay
Apabila bercinta pastinya darah panas yang sedang membara membuatkan fikiran lebih mementingkan kekasih hati berbanding ahli keluarga sendiri, ianya kedengaran mementingkan diri tapi faktor ini boleh berlaku jika hubungan individu tersebut bersama ahli keluarganya tidak rapat.
Rasa Pilihan Yang Di Buat Itu Betul
- Foto – Pixabay
Selain itu, sesetangah pasangan merasakan apa yang mereka buat itu betul dan tidak mahu mendengar nasihat ibu bapa berkaitan hubungan cinta mereka.
Ibu Bapa Terlalu Mengongkong
- Foto – Health Time
Ada pula individu yang hidupnya sering dikongkong dengan ibu bapa mereka sendiri, hinggakan mencampuri hubungan cinta dan pasangan yang di pilih. Oleh itu, penyelesaian yang di ambil adalah memutuskan hubungan kekeluargaan demi kebahagian diri.
Keluarga Pilih Kasih Kerana Tidak Sama Status
- Foto – Elite Daily
Ada pula individu yang pilih untuk putuskan hubungan keluarga adalah kerana, keluarga terlalu pilih kasih dan memandang status dan latar belakang seseorang itu lebih penting berbanding kebahagian diri.
Ini bukan drama ya, ianya adalah realiti dan situasi ini berlaku di dalam masyarakat dunia yang mana kita tidak nampak di depan mata.
Ibu Bapa Membandingkan Dengan Menantu Lain
- Foto – Time Magazine
Satu lagi situasi yang membuatkan sesiapa saja makan hati dan rasa jauh dengan keluarga adalah membandingkan ibu bapa, adik-beradik atau saudara-mara sering membandingkan menantu mereka dengan pasangan yang kamu pilih.
Bosan Hadap Kehendak Ibu Bapa Yang Tak Munasabah
- Foto – Steve Sims
Selain itu, antara sebab lain mengapa ada sesetengah orang memilih untuk tinggalkan keluarga demi pasangan mereka adalah kerana mereka sudah bosan menghadap segala karenah dan kehendak yang tidak munasabah diberikan oleh keluarga kepada diri dan pasangan mereka.
Apa-apa pun kalau boleh elakkan diri dari terjerat dalam situasi ini, biasalah dalam hidup pastinya ada pahit dan liku-liku yang harus diharungi tapi memutuskan hubungan bukanlah jalan penyelesaiannya.
Sebelum membuat sebarang keputusan fikir secara matang dan rasional, selamat beramal!