Siapa saja yang berani dengan lipas? Baik lelaki mahupun perempuan, dewasa hingga kanak-kanak, memang berlari kalau nampak lipas, lagi pula lipas terbang. Punyalah besar impak seekor lipas.
Untuk pengetahuan anda, lipas sejenis serangga tinggal di kawasan gelap dan lembap seperti celah-celah almari dan di bawah sinki.
Lipas hidup dengan memakan sisa makanan yang terbiar. Ia dikatakan hidup lebih awal di muka bumi sebelum tamadun manusia bermula.
Tahukah anda, lipas juga dikatakan antara serangga yang sukar dihapuskan walaupun letupan atom terkena di muka bumi, ia masih mampu meneruskan hidupan.
Nak tahu fakta menarik tentang lipas, teruskan pembacaan.
1. Boleh Leperkan Badannya
Lipas boleh menyorok dan meloloskan diri melalui tempat yang sempit kerana ia boleh meleperkan tubuhnya sehingga 3 milimeter sahaja. Ia berbuat demikian dengan mengangkangkan kaki-kakinya ke sisi tubuh.
2. Mampu Hidup Tanpa Kepala
- Foto – Raudhah
Lipas masih mampu hidup sehingga 2-3 minggu setelah kepalanya terputus. Boleh hidup kerana bernafas melalui liang di badan, tetapi mereka akan mati selepas tempoh itu kerana kehausan dan kelaparan.
3. Hidup Dalam Berkumpulan
Lipas hidup berkumpulan, tetapi ia tidak berstruktur seperti semut dan lebah. Apabila lipas makan, ia membuang najis. Najis lipas mempunyai bahan kimia yang akan menarik lipas-lipas lain untuk datang berkerumun.
4. Ada Lipas Boleh Melompat
Ramai orang takut kepada lipas terbang, maka mungkin ramai takut kepada lipas melompat. Ada spesis lipas di Afrika Selatan yang boleh melompat seperti belalang, sangat lincah melompat dan tidak suka duduk diam.
5. Boleh Gigit Manusia
- Foto – Health
Lipas makan tumbuh-tumbuhan, sisa makanan atau juga kulit manusia. Walau bagaimanapun, gigitan lipas tidak mendatangkan mudarat seperti sengatan lipan, kala jengking dan labah-labah.
6. Suka Masuk Telinga
Lipas masuk ke dalam telinga manusia kerana tahi telinga menghasilkan asid lemak berwap yang menarik perhatian mereka. Lubang telinga yang kecil, sempit dan lembap juga dirasakan sesuai untuk mereka jadikan tempat tinggal.
Lagi info, di negara China lipas diternak secara besar-besaran untuk dibekalkan kepada pengusaha makanan, ubat tradisional dan syarikat kosmetik. Di sana lipas dijadikan sebagai snek. Agaknya macam mana boleh terfikir makan seranggga? Tak boleh nak bayangkan. OMG!
Sumber – Facebook Ahmad Samhan