Selain komunikasi, seks juga merupakan salah satu solusi untuk buatkan hubungan menjadi lebih seronok dan hidup.
Bagi wanita, kepuasan semasa seks sangat penting kerana ia buatkan mereka menjadi lebih teruja untuk bersama dengan pasangan.
Kalau kamu nak tahu, ada kajian yang telah dilakukan untuk mengetahui posisi seks manakah yang buatkan wanita menjadi lebih puas di ranjang.
Nak tahu posisi manakah yang menjadi pilihan wanita? Mari Wanista kongsikan dengan kamu dalam entri kali ini.
Wanita Pilih 4 Posisi ‘Panas’ Yang Ini!
Dipetik daripada Plos One, lebih daripada 3 ribu wanita telah melakukan survey mengenai posisi seks manakah yang membuatkan mereka menjadi lebih puas di ranjang.
Melalui survey tersebut, boleh dikatakan hampir 100% wanita memilih 4 jenis posisi seks ini iaitu Angling, Shallowing, Rocking dan Pairing. Untuk pengetahuan kamu, keempat-empat posisi ini ada kelebihannya tersendiri.
-
Angling
Posisi Angling ini melibatkan teknik memutar, menaikkan atau menurunkan bahagian pelvis (punggung) semasa penetration berlaku.
Tujuannya adalah untuk menyesuaikan produk seks atau zakar semasa berada dalam faraj. Nak mencapai kepuasan yang maksima ketika lakukan posisi ini, kamu boleh letakkan bantal di bawah punggung untuk membolehkan zakar atau produk seks berada di sudut yang betul.
-
Shallowing
Sebanyak 84% wanita mengalami orgasm dengan lebih kerap melalui posisi Shallowing.
Posisi ini menggunakan teknik penetration sentuhan pada bahagian clitoris dan ‘pintu masuk’ faraj. Sama ada menggunakan hujung jari, produk seks, hujung zakar ataupun lidah.
Berdasarkan survey yang dilakukan 70% wanita memilih untuk melakukan posisi ini menggunakan lidah, 67% lebih menyukai menggunakan hujung zakar, 60% menggunakan jari dan 38% menggunakan produk seks.
-
Rocking
Bagi posisi ini pula, ramai wanita mengatakan mereka lebih menyukai apabila pangkal zakar atau produk seks merangsang bahagian clitoris ketika penetration.
Kepuasan ini boleh dicapai dengan maksimanya sekiranya kamu melakukan posisi ini dengan memeluk badan pasangan menggunakan kaki.
-
Pairing
Posisi Pairing ini dapat memuaskan wanita apabila pasangannya mula bermain faraj dengan menggunakan jari mahupun produk seks.
Tapi ada perbezaannya untuk wanita mencapai kepuasan ketika seks. Iaitu 31% wanita berasa puas ketika melakukan sendiri dan sebanyak 43% berasa puas jika pasangan yang lakukannya.
Selain itu posisi ini boleh dipelbagaikan dengan teknik seperti Missionary, Spread Eagle dan Launchpad di mana pasangan boleh merangsang clitoris secara manual.
Sebenarnya hubungan seks ini bukan melibatkan penetration secara mendalam, tetapi beberapa teknik yang betul dapat memberi kepuasan secara maksima pada wanita.
Bagi wanita pula jika kamu tidak berasa puas, beritahu pasangan untuk lakukan beberapa posisi ini supaya kedua-dua kamu boleh mencapai kepuasan pada masa yang sama.
Selain itu pasangan kamu juga perlu tahu untuk mencari sudut yang tepat, tidak terlalu fokus pada kedalaman dan tidak mengabaikan kemahuan kamu.