“Produk ini untuk hydrating, yang ini pula moisturizing… bukan dua-dua sama ke?”
Siapa yang keliru bila nak membeli sesuatu produk penjagaan wajah? Nak cari produk untuk melembap, ada hydrating dan moisturizing, jadi nak pilih yang mana satu?
Produk Hydrating Untuk Kulit Dehidrasi
Prduk hydrating berguna untuk menhidratkan kulit wajah. Produk ini juga bersifat humektan, kerana ia dapat menyerap air ke dalam kulit. Oleh itu, produk hydrating biasanya digunakan jika kulit anda dehidrasi.
- Foto – Beauty Care
Kulit dehidrasi adalah keadaan kulit yang kekurangan kandungan air, sehingga tekstur kulit berubah. Tanda-tanda pertama kulit kering adalah ruam merah pada kulit, keradangan, dan gatal-gatal pada kulit.
Beberapa bahan yang biasa terdapat dalam produk penghidratan adalah asid hyaluronik, gliserin, madu, pantenol, dan kolagen. Asid hyaluronik, dapat mengekalkan dan meningkatkan paras air sehingga kulit kembali lembap dan kenyal.
Produk Moisturizing Untuk Kulit Kering
Produk moisturizing untuk orang yang miliki jenis kulit kering. Kulit sebenarnya mempunyai penghalang semula jadi untuk menahan kelembapan. Walau bagaimanapun, kulit kering tidak mempunyai penghalang yang cukup kuat, jadi memerlukan bantuan pelembap.
- Foto – Stryx
Produk ini berfungsi menahan kelembapan sambil mengelakkan kelembapan semula jadi yang tersisa daripada keluar dari kulit.
Biasanya, produk ini untuk kulit kering mengandungi bahan seperti minyak mineral, jeli petroleum, minyak zaitun, atau zink oksida. Pilih produk penjagaan kulit dengan bahan-bahan yang dapat meningkatkan kadar minyak semula jadi pada kulit.
Jadi, kesimpulannya produk hydrating dan moisturizing terletak pada konsistensi kandungannya. Sebilangan besar produk hydrating mengandungi air sehingga konsistensinya lebih lancar. Produk moisturizing pula lebih tebal.
- Foto – South Miami
Sekiranya anda mempunyai kulit dehidrasi, cuba pakai hydrating serum. Sekiranya anda mempunyai kulit kering, cubalah produk moisturizing yang lebih tebal.