Kamu sudah fikirkan menu apakah yang akan dihidangkan pada hari raya nanti?
Kalau belum fikir dan tak tahu nak hidangkan menu apa di pagi raya, apa kata kamu cuba resepi Datin Paduka Eina Azman yang ini.
Tak gunakan banyak bahan serta mudah dimasak iaitu nasi tomato dan acar. Jadi tunggu apa lagi, jom cuba resepi ini.
#1 NASI TOMATO
Bahan-bahan:
- Minyak masak
- Minyak sapi
- 3 sekawan (Kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih)
- Daun pandan – 2 helai
- Bawang merah – 2 biji
- Bawang putih – 6 ulas
- Halia – 1 inci
- Tomato – 1 biji
- Tomato puree – 3 sudu makan
- Susu cair – 1 tin
- Beras Basmathi – 5 cawan (Cuci dan rendam 30 minit)
- MAGGI Cukup Rasa – 3 sudu makan
- Gula
- Kismis (hiasan)
- Bawang goreng (hiasan)
- Daun ketumbar (hiasan)
Cara-caranya:
- Cairkan minyak masak dan minyak sapi dalam sebuah periuk di atas api yang yang sederhana dan tumiskan 3 sekawan.
- Kemudian masukkan daun pandang, bawang merah, bawang putih dan halia. Kacau sehingga naik bau.
- Masukkan tomato, tomato puree, susu cair dan beras. Kacau sehingga rata dan sebati.
- Kemudian masukkan MAGGI Cukup Rasa, gula dan kismis.
- Biarkan nasi dimasak dan hias dengan bawang goreng dan juga daun ketumbar di atasnya.
#2 ACAR
Bahan-bahan:
- Nanas
- Lobak merah
- Timun Jepun
- Cili padi – 3 tangkai
- Lada merah – 1 tangkai
- Bawang merah – 1 biji
- Cuka
- Gula
- MAGGI Cukup Rasa – 2 sudu makan
Cara-caranya:
- Dalam sebuah mangkuk masukkan potongan nanas, lobak merah, timun Jepun, cili padi, lada merah, bawang merah, cuka dan gula.
- Gaul sehingga rata kemudian masukkan MAGGI Cukup Rasa dan siap!
Sesuai sangatlah nak masak pada pagi raya, tak kelam kabut. Yang penting nasi tomato dan acar ini memang sedap!
Selamat mencuba ♥