Sebut saja jenama Zanzea pasti ramai wanita tahu, mana tidaknya Zanzea merupakan gedung fesyen pilihan ramai wanita di Malaysia.
Meski jenama Zanzea kini semakin digemari ramai kaum wanita di Malaysia, tapi apa yang membuatkan jenama ini menjadi lubuk untuk wanita membeli-belah?
Nak tahu jawapannya, jom selidik di bawah!
Harga Murah Dan Fabrik Selesa
- Foto – Shopee
Antara sebab mengapa ramai wanita banyak membeli-belah di Zanzea ini adalah kerana harga pakaian yang dijual adalah sangat murah dan berpatutan, bukan itu saja fabrik pakaian yang digunakan juga sangat selasa dan kebanyakan pakaian yang dikeluarkan menggunakan fabrik jenis:
- Polyester
- Benang kapas
- Rayon
- Benang acrylic
- Benang linen
Pakaian yang menggunakan fabrik-fabrik jenis ini memang sangat selesa apabila di pakai, jadi tidak hairanlah ramai wanita akan serbu lubuk shopping ini.
Rekaan Pakaian Kena Dengan Citarasa
- Foto – Shopee
Selain itu, disebabkan rekaannya yang kena dengan citarasa wanita tempatan membuatkan jiwa wanita ingin membeli-belah di Zanzea hari-hari.
Ya lah siapa yang tak nak dapatkan pakaian idaman, apatah lagi harganya juga sangat berpatutan dan ini membuatkan ramai wanita ingin memborong semua pakaian yang dikeluarkan oleh Zanzea.
Banyak Pilihan Fesyen
- Foto – Shopee
Zanzea juga terkenal dengan pelbagai pilihan fesyen pakaianya dari jubah labuh, maxi dress, top dan seluar yang berkualiti dari China. Dengan seleksi fesyen yang banyak ini, tidak hairanlah ramai wanita sering mencari busana pilihan di Zanzea menerusi aplikasi Shopee atau Lazada.
Servis Khidmat Pelanggan Yang Baik
- Foto – Shopee
Selain itu, Zanzea juga memberikan servis yang baik kepada pelanggan mereka dengan menjawab segala pertanyaan secara berhemah di samping membantu pelanggan dengan memberi penerangan mengenai pakaian yang hendak di beli menerusi pesanan mesej.
Tambahan lagi, penghantaran barang yang di beli di Zanzea juga sangat pantas dan tak perlu risau tentang masalah barang lewat sampai ke rumah.
Promosi Dan Diskaun Yang Berbaloi
- Foto – Shopee
Dan sebab terakhir kenapa wanita suka shopping di Zanzea adalah kerana gedung dalam talian ini sering menawarkan diskaun dan promosi yang berganda kepada para pelanggan setianya, dengan tarikan seperti ini memang ramai wanita akan kembali membeli-belah di Zanzea semula!
Macam manalah kaum hawa tak terjebak membeli-belah di Zanzea ini, harga murah, kualiti bersesuaian dengan harga, penghantaran cepat dan paling best pelbagai aneka pilihan fesyen yang kena dengan jiwa raga.
Jadi tidak hairanlah ramai wanita yang borong beli pakaian di Zanzea, nak-nak bila masa promosi istimewa lagilah ramai wanita shopping sakan.