Viral di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki berkongsi trik untuk besarkan bibir dalam masa yang singkat selepas melihatnya dalam sebuah filem.
Menerusi TikTok Jerry Mal, dia telah menggunakan krim ereksi pada keseluruhan bibirnya untuk mendapatkan hasil yang sama.
Melihatkan perkongsiannya itu, seorang pakar dermatologi mula memberi amaran pada pengguna lain mengenai krim yang disapu pada bibir.
Nak tahu lebih lanjut mengenainya, baca kupasan di bawah.
Diinspirasikan oleh sebuah filem
“Saya lihat trik ini dalam sebuah filem. Gadis itu menyapu krim ereksi pada bibirnya dan ia menjadi makin besar. Jadi saya nak mencubanya!”
Berdasarkan filem “A Nice Girl Like You“, Jerry berkongsi keterujaannya untuk mendapat bibir yang besar dalam masa yang singkat dengan meniru kembali trik dalam filem tersebut.
Ketika mencubanya, Jerry telah menyapu krim ereksi dari Perancis ke seluruh bibirnya. Kemudian dia biarkan krim tersebut selama beberapa minit sebelum membersihkannya.
“Rasa macam digigit semut. Tak teruk sangat rasanya tetapi kita tunggu hasilnya.”
Selepas lima minit berlalu, bibirnya kelihatan makin membesar. Jerry biarkan selama 5 minit lagi tetapi selepas 8 minit berlalu, dia mula berasa tidak tahan kerana bibirnya seolah-olah sedang terbakar.
Bibir memang menjadi besar dan mungil
“Bibir saya memang nampak besar sangat! Saya sukakannya.”
Selepas merasakan bibirnya seperti dibakar, Jerry mula membersihkannya. Kemudian dia mendapati bibirnya menjadi seperti apa yang dibayangkan.
Melihatkan kesannya menjadi seperti apa yang dijangkakan, ramai pengguna TikTok yang lain mahu mencubanya.
@littlechickencutlet If you know what movie I’m talking about please tell me because I want to watch it again #beauty #lips
Menurut Jerry, dia tidak tahu sama ada trik tersebut berbahaya atau tidak. Tetapi jika pengguna yang lain mahu lakukan, mereka boleh mencubanya.
Pakar dermatologi beri amaran jangan gunakannya!
Secara saintifiknya krim ereksi ini memang boleh bantu bibir menjadi besar dan mungil. Tetapi menurut pakar dermatologi, Dr. Shah mengatakan krim ini bukanlah kaedah yang terbaik bagi mendapatkan hasil tersebut.
“Saya tidak tahu krim ereksi apakah yang digunakan di dalam video tersebut kerana kesemua krim ereksi mempunyai vasodilatasi iaitu dapat tingkatkan aliran darah ke kawasan yang tertentu.”
Untuk pengetahuan kamu,ubat topical erectile dsyfunction mengandungi vasodilator iaitu melebarkan saluran dan meningkatkan aliran darah.
Jadi lebih banyak saluran dan aliran darah digunapakai pada bibir (atau zakar) ianya akan membuatkan penampilan menjadi lebih besar dan bengkak.
“Peningkatakan aliran darah akan menyebabkan pembengkakan pada kawasan yang disapu. Lebih kurang 15 minit atau selama sejam, kamu akan mendapat hasilnya. Jadi kesan bibir besar atau bengkak ini hanya sementara sahaja.”
Pada masa yang sama, menyapu krim ereksi pada bibir boleh memberikan beberapa kesan alergi seperti rasa disengat, melepuh dan bengkak yang teruk serta tidak selesa.
Bagi kesan sampingan yang lain pula, penyerapan krim ini ke dalam badan boleh menyebabkan rasa sakit kepala yang teruk, masalah tekanan darah dan boleh akibatkan masalah jantung.
Jadi kalau nak buatkan bibir menjadi besar atau mungil, gunakan bahan yang sesuai atau barangan yang direka khas untuk penggunaan bibir.
Sekiranya kamu mencuba trik ini dan mendapat beberapa kesan yang negatif, cepat-cepat berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan dengan kadar segera.