Hydroquinone kena ban dengan Kementerian Kesihatan Malaysia? Kenapa Kementerian Kesihatan Malaysia ban bahan tersebut, sedangkan ia banyak digunakan dalam produk kosmetik kecantikan.
Bahan ini boleh dikatakan salah satu bahan yang perlu ada dalam produk kecantikan, jika ingin berikan hasil kulit yang cerah kepada penggunanya.
Tapi mengapa di Malaysia, Kementerian Kesihatan melarang penggunaan hydroquinone dalam produk kosmetik adakah ia boleh beri mudarat kepada pengguna? Ingin mengetahui kupasannya, ikuti penjelasan doktor Lim Ing Kien atau lebih mesra dikenali sebagai Dr. Ingky di bawah.
@dr_ingky Boleh Guna Hydroquinone ke? #healthcheck #tiktokguru #skincareguru #learnontiktok #skincaremalaysia
Berfungsi Untuk Cerahkan Kulit
- Foto – Buro Singapore
Untuk pengetahuan semua, hydroquinone banyak digunakan dalam produk komestik adalah kerana ia berfungsi untuk mencerahkan kulit.
Disebabkan kesan ini, banyak syarikat pengeluar produk kosmetik menggunakannya dan secara tidak langsung menarik perhatian pengguna wanita yang inginkan kulit cerah dan putih secara berkesan.
Bahan Terkawal, Berisiko Kena Barah Kulit
- Foto – The Jakarta Post
Menurut Dr. Ingky bahan ini merupakan bahan terkawal bagi mencerahkan pigmentasi kulit, tetapi jika bahan ini digunakan terlalu lama ia boleh menyebabkan pengguna berisiko tinggi terkena penyakit barah kulit.
Sebab itu hydroquinone di ban dalam produk kosmetik di Malaysia, kerana kesan seperti penyakit barah ini hanya akan nampak pada jangka masa yang panjang sahaja.
Siapa Yang Boleh Beri Bahan Tersebut?
- Foto – WebMD
Selain itu, Dr. Ingky juga menyatakan bahawa hanya pihak tertentu sahaja yang dibenarkan untuk memberi produk yang mengandungi hydroquinone kepada orang awam iaitu doktor dan ahli farmasi sahaja.
Justeru itu, kaum hawa yang ingin mencari produk kecantikan disarankan agar kamu mencari produk kecantikan khususnya yang berkaitan untuk mencerahkan kulit menerusi ahli farmasi atau mendapat rujukan dari doktor kamu sendiri.
Kredit: TikTok Dr. Ingky