“Flawless betul tengok kulit dia, apalah rahsia agaknya?”
Bukan satu rahsia lagi, kebanyakan artis wanita Hollywood mengamalkan minum smoothie pada setiap pagi. Reese Witherspoon, Kerry Washington, Jennifer Garner mendapatkan kulit wajah bersih berseri kerana amalan minum smoothie hijau. Jessica Alba pula mendakwa smoothie membantu membersihkan jerawatnya.
Berikut Wanista kongsikan resepi smoothie yang yag diamalkan oleh Reese Witherspoon. Katanya dia telah mengambil smoothie sebagai sarapan setiap hari selama sembilan tahun. No wonder, dia awet muda dan cergas sentiasa.
Resepi Smoothie Hijau Penuh Sayur-Sayuran
- 2 salad romaine
- 1/2 cawan bayam
- 1/2 cawan air kelapa
- 1 biji pisang
- 1 biji epal
- 1 biji pear
- 1 biji lemon
- Saderi
- Mentega badam
Potong salad romaine secara kasar dan masukkan ke dalam pengisar dengan bayam, pisang, air kelapa, pir, epal, lemon, saderi dan mentega badam. Kisar sehingga lumat.
Vitamin A dan C adalah nutrien yang membantu menyokong kulit, kuku dan rambut yang sihat, bersama dengan vitamin D dan lemak yang sihat.
Semoga anda mencuba resepi smoothie ini bagi mendapatkan kulit flawless. Selamat beramal!