Psst… Apa yang kamu tahu tentang orgasme wanita?
Jangan terkejut pula ya sebab kali ini Wanista nak kongsi dengan kamu beberapa fakta mengenai orgasme yang berlaku pada wanita. Memang ramai yang tak tahu tentang hal ini.
Bukan apa banyak sangat mitos yang kita dengar mengenainya. Sehinggakan ramai yang mempercayainya dan tidak pernah alami orgasme seperti apa yang dikhabarkan.
Jadi apakah fakta yang perlu kamu tahu mengenai orgasme wanita? Baca perkongsian di bawah sampai habis okay.
#1 Orgasme boleh ‘sembuhkan’ kesakitan
Untuk pengetahuan kamu orgasme memang boleh sembuhkan kesakitan secara semula jadi.
Menurut pengamal perubatan, Lisa Stern mengatakan orgasme boleh melegakan kesemua jenis kesakitan termasuklah arthritis, kesakitan selepas menjalani pembedahan malah kesakitan selepas bersalin.
Ini kerana ketika orgasme berlaku, badan akan mula merembeskan oxytocin iaitu satu bahan kimia yang memberikan ketenangan dan emosi yang positif.
#2 Ramai wanita alami kesusahan untuk capai orgasme
Berdasarkan kajian yang dilakukan, sebanyak 10% sehingga 40% wanita mengalami kesukaran dan ketidakupayaan untuk mencapai orgasme.
Antara faktor mengapa wanita mengalami kesukaran adalah mereka sering berasa tertekan dan gelisah untuk mencapai orgasme seperti yang dimahukan.
Tambahan pula faktor usia juga memainkan peranan kerana ramai wanita mengalami kesukaran untuk membangkitkan ‘semangat’ dan menghasilkan pelincir semula jadi.
#3 Pelbagaikan teknik ketika melakukan hubungan seks
Bagi wanita yang sukar mencapai orgasme, apa kata kamu cuba pelbagaikan teknik ketika berhubungan seks.
Pada masa yang sama, ramai wanita mudah mencapai orgasme selepas menggunakan permainan seks sama ada bersama dengan pasangan atau secara bersendirian.
#4 Wanita perlukan lebih daripada 10 minit untuk mencapai orgasme
Penting untuk kamu tahu bahawa normal bagi wanita mengambil masa yang lebih lama untuk mencapai orgasme berbanding dengan lelaki.
Kebanyakan wanita memerlukan lebih daripada 10 minit atau lebih lama untuk mencapainya ketika melakukan aktiviti seksual. Malah jika pasangan kamu mencapai orgasme terlebih dahulu, ada caranya untuk lambatkannya.
Nak lambatkan orgasme pasangan, kamu perlu berikan tekanan yang kuat di sekitar pangkal zakar. Jika kamu dan pasangan mengalami ejakulasi pramatang, segera berjumpa dengan pasangan untuk merawatnya.
#5 Lebih daripada 50% wanita menipu dalam mencapai orgasme
Menerusi satu kajian yang dilakukan, lebih daripada 50% wanita telah menipu dalam orgasme mereka. Dan antara alasannya kenapa mereka menipu adalah:
- mereka mahukan pasangan rasa berjaya membuatkan wanita orgasme
- ada wanita yang mahukan hubungan seks berakhir dengan cepat
- sukakan pasangan dan tidak mahu pasangan berasa ‘gagal’ dan malu kerana tak membuatkan mereka orgasme
Untuk pengetahuan kamu, kesukaran untuk golongan wanita ini mencapai orgasme adalah disebabkan oleh topik ini menjadi ‘pantang larang’ untuk dibincangkan.
Selain itu, masalah tekanan dan kegelisahan dalam prestasi (hubungan seks) turut menyumbang kepada kesukaran tersebut.
#6 Ada 4 peringkat untuk capai orgasme
Bagi mencapai orgasme dalam kalangan wanita, ada empat peringkat yang berbeza iaitu kegembiraan, plateau, orgasme sebenar dan penyelesaian.
- Peringkat 1: Bagi peringkat kegembiraan, ia adalah situasi di mana perasaan ghairah mula ‘membangun’.
- Peringkat 2: Untuk peringkat plateau pula, wanita akan mengalami keghairahan yang memuncak dan akan reda selepas itu.
- Peringkat 3: Ketika berada di peringkat ini, wanita akan merasai orgasme yang sebenar apabila mereka diselubungi dengan perasaan yang ‘menyeronokkan’
- Peringkat 4: Pada ketika ini, wanita akan mengalami peringkat penyelesaian iaitu keghairahan yang berkurangan dan menjadi normal kembali.
Selain itu kamu juga perlu tahu ada sesetengah wanita tidak akan mengalami keempat-empat peringkat ini secara turutannya.
Tak dinafikan memang banyak cerita atau mitos berkaitan dengan orgasme dalam kalangan wanita ketika ini. Jangan hiraukan apa yang dikatakan oleh orang lain jika kamu mengalami kesukaran atau lambat mencapai orgasme.