Walaupun negara diarahkan untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), apa kata kamu cuba resepi yang simple ini.
Resepi yang simple dan sangat sedap ini dikongsi oleh Chef Anis iaitu Oreo Bomboloni. Dengar sahaja pun sudah boleh bayang rasa gebu dan manisnya.
Nak tahu apa bahan-bahannya, scroll sampai habis okay!
BAHAN-BAHAN
#1 Bahan Doh
- Yis – 1 pek (11g)
- Baking powder – 1/2 sudu teh
- Mentega (unsalted) – 1 sudu besar
- Telur – 1 biji
- Gula – 3 sudu besar
- Susu tepung – 2 sudu besar
- Susu segar (chilled) – 250ml
- Air – 125ml
- Garam
- Gula kastor (untuk coating)
#2 Bahan Filling
- Cream cheese – 200g
- Thickened cream – 50ml
- Gula aising – 1 sudu besar
- Oreo – 8 keping (hancurkan)
CARA-CARANYA
- Masukkan kesemua bahan doh kecuali gula kastor. Pukul sehingga kenyal dan biarkan selama 30 minit.
[Pukul guna tangan 15 minit – 20 minit / Pukul guna mesin pengadun 10 minit]
- Selepas itu bentukkan doh menjadi bulat kecil dan letakkan di atas baking paper. Rehatkan doh sehingga saiznya menjadi dua kali ganda.
- Sementara itu, pukul cream cheese dengan gula aising dan thickened cream sehingga ia ringan dan berkim.
- Kemudian masukkan oreo ke dalamnya dan kacau sehingga sebati.
- Menggunakan piping bag, masukkan adunan filling dan rehatkan sebentar di dalam peti sejuk.
- Seterusnya goreng donut sehingga keperangan dan biarkan sejuk seketika sebelum salutkan dengan gula kastor.
- Selepas salut donut dengan gula kastor, buatkan satu lubang kecil dan masukkan filling ke dalamnya.
- Tutupkan lubang tersebut dengan oreo sebagai hiasan dan sedia untuk dimakan!
Memang simple dan paling penting sedap untuk dimakan bersama keluarga, jiran tetanga atau tetamu ketika hari raya.
Jangan lupa kongsikan dengan Wanista gambar Oreo Bomboloni kamu. Selamat mencuba!