Geram betul tengok bintik-bintik merah di kulit sebab di gigit nyamuk malam tadi, masa raya jugalah kulit jadi macam ini stress betul!
Sudahlah begitu apabila di garu disebabkan tak tahan rasa gatal gigitan nyamuk, tak sangka pula boleh meninggalkan paru di kulit.
Memang jadi haru-birulah dibuatnya, bagi wanita yang mengalami masalah yang sama seperti ini jangan khuatir kerana Wanista ada jalan penyelesaiannya.
Nak hilangkan parut dek disebabkan gigitan nyamuk terdapat beberapa cara yang boleh diguna pakai, nak tahu apakah cara tersebut jom semak di bawah.
Ais Batu
- Foto – Cookist
Untuk hilangkan parut yang di garu akibat gigitan nyamuk di kulit, kamu perlu gunakan ais batu dan caranya adalah menuam ais batu ke atas kesan parut tersebut.
Rasa sejuk yang dikeluarkan ais batu ini dapat membantu mengurangkan rasa gatal dan perlahan-lahan menghilangkan kesan parut, cara ini perlu dilakukan dengan kerap untuk parut hilang.
Krim Hydrocortisone
- Foto – Pan Malayan
Selain itu, kamu juga boleh menggunakan krim gatal hydrocortisone untuk melegakan rasa gatal dan parut di kulit akibat di garu kerana gigitan nyamuk.
Krim ini dijual di farmasi perubatan dan klinik yang berdekatan dengan kediaman kamu, sapu kirm ini dua kali sehari dan amalkan sehingga hilang rasa gatal dan kesan gigitan nyamuk.
Serbuk Penaik (Baking Soda)
- Foto – Healthline
Jangan terkejut, serbuk penaik atau baking soda juga boleh digunakan bagi melegakan rasa gatal dan kemerahan yang disebabkan gigitan nyamuk.
Caranya adalah dengan mencampurkan satu sudu makan serbuk penaik bersama beberapa titis air, gaul rata hingga menjadi pes kemudian sapu pada bahagian kulit yang terkena gigitan nyamuk tersebut. Lakukan cara ini beberapa kali sehingga tiada lagi kesan gigitan nyamuk pada kulit.
Oatmeal
- Foto – Dairy Council of California
Tahu tak oats juga boleh digunakan bagi mengurangkan rasa gatal dan iritasi akibat gigitan nyamuk, cara adalah dengan menghancurkan oats kemudian masak hingga menjadi pes dan biarkan sejuk seketika.
Selepas itu barulah kamu sapukan di atas kulit, Lakukan cara ini berulang kali sehingga hilang kesan gigitan dan rasa gatal pada kulit kamu
Ubat Gigi
- Foto – Interdent
Kamu juga boleh menggunakan ubat gigi bagi menghilangkan parut dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk, caranya dengan menyapu ubat gigi pada kulit yang digigit itu dan biarkan ia begitu saja.
Ubat gigi mengandungi bahan sejuk yang boleh mengurangkan kemerahan dan iritasi pada kulit dengan berkesan dan selamat.
Losyen Calamine
- Foto – Pinterest
Kalau nak tahu losyen calamine juga boleh menangani masalah kegatalan akibat kesan gigitan nyamuk dan mengurangkan keradangan pada kulit dengan berkesan juga. Losyen ini boleh didapati di farmasi perubatan yang berhampiran dengan kediaman kamu.
Dengan menggunakan kaedah yang Wanista senaraikan di atas kamu dapat hilangkan kesan parut akibat gigitan nyamuk dengan mudah, selamat dan berkesan.
Selamat beramal!