Memang hangat diperkatakan sekarang, isu Palestin-Israel telah membuka mata dan menarik perhatian banyak selebriti dan pemimpin dunia. Saban hari semakin ramai yang terkesan dengan apa yang dialami oleh rakyat Palestin.
Melihatkan perkara ini, para selebriti mula menyatakan sokongan mereka di media sosial untuk mengajak orang ramai membantah kekejaman tersebut.
Bella Hadid, Gigi Hadid, Mark Ruffalo dan beberapa selebriti lain mula menyatakan solidariti mereka dengan mula muat naik beberapa posting di media sosial bagi memberi kesedaran pada orang ramai.
Bella Hadid & Gigi Hadid
Memiliki darah keturunan Palestin, model kelahiran Amerika Syarikat ini lantang dalam menyatakan kekecewaannya terhadap kekejaman yang dihadapi oleh rakyat Palestin.
“Ini bukan soal agama, malah ianya tidak pernah menjadi masalah agama. Ini sebenarnya masalah politik yang memerlukan penyelesaian terbaik untuk Palestin dan Israel”, ujar Gigi.
https://www.instagram.com/p/COv7zrLHI6I/
Selain itu, Bella juga melakukan hal yang sama apabila dia telah dilihat berhimpun di jalanan bersama orang lain bagi menyatakan solidaritinya.
https://www.instagram.com/p/CO6y8kotR8d/
Malah Bella turut berkongsi kisah mengenai keluarganya yang turut terkesan dengan kekejaman zionis Israel.
Mark Rufallo
Aktor Mark Rufallo juga telah mengajak orang ramai untuk menandatangani petisyen bagi zionis Israel membebaskan Palestin.
1500 Palestinians face expulsion in #Jerusalem. 200 protesters have been injured. 9 children have been killed. Sanctions on South Africa helped free its black people – it’s time for sanctions on Israel to free Palestinians. Join the call. #SheikhJarrah https://t.co/f9R6LYljez
— Mark Ruffalo (@MarkRuffalo) May 11, 2021
DJ Khaled
Selain itu penerbit muzik, DJ Khaled turut mengambil peluang ini untuk bersuara di media sosialnya dengan menitipkan doa ke untuk rakyat Palestin.
“Untuk anak dan golongan muda dalam kalangan kita. Kita sangat memerlukan keamanan dan rasa kasih kepada mereka yang berada di Palestin dan juga di seluruh dunia.”
Mia Khalifa
Berlantang suara mengenaii keganasan di Palestin, Mia mengatakan pihak Amerika Syarikat telah membiayai keganasan yang dilakukan oleh zionis Israel.
Malah dia juga telah memuat naik beberapa posting mengenai tindakan keganasan terhadap rakyat Palestin di media sosialnya untuk menyebarkan kesedaran dalam kalangan orang ramai.
All I see are crimes against humanity that the United States is funding with an annual $3.8B. #freepalestine 🇵🇸 pic.twitter.com/X9hy7uSv2d
— Mia K. (@miakhalifa) May 10, 2021
Swara Bhasker
Dalam pada masa yang sama, aktres Swara Bahsker juga mengingatkan orang ramai bahawa apa yang dihadapi oleh Palestin mempunyai perkaitan rapat dengan hak asasi manusia.
“Kita patut mengambil berat tentang isu ini kerana ia adalah anti-imperialis, anti-kolonial dan anti-apartheid.”
The cause of #Palestine and justice for Palestinians isn’t an Islamic cause.. at least it shouldn’t solely be that.. it is first & foremost an anti imperialist, anti colonial & anti apartheid cause.. & that’s why it should concern us all, even non-Muslims.#FreePalestine #AlAqsa
— Swara Bhasker (@ReallySwara) May 10, 2021
Antara selebriti-selebriti yang lain…
Selain itu, ada beberapa selebriti lain berkongsi dan menunjukkan solidariti mereka dengan memuat naik gambar serta ciapan di Instagram serta Twitter.
https://twitter.com/Kehlani/status/1392146361718435845
The violence and atrocities we are witnessing in Sheikh Jarrah, the Al Aqsa compound and Gaza are a continuation of decades of Israel’s brutal apartheid and violent occupation of Palestine.
— Rage Against The Machine (@RATMofficial) May 12, 2021
Walaupun ramai yang menyatakan sokongan dan menolak kekejaman yang dilakukan oleh zionis Israel, tetapi Perdana Menteri Israel menyatakan operasi ketenteraan di Gaza akan diteruskan untuk satu jangka masa.
Kami di Wanista mengajak orang ramai untuk sentiasa berdoa dan menyatakan solidariti bagi rakyat Palestin yang terkesan dengan peperangan yang berlaku.