Beauty with brain!
Daripada 74 peserta, hanya 10 peserta sahaja yang berjaya mara ke pusingan seterusnya selepas memperagakan evening gown.
Tak dinafikan bahagian ini merupakan bahagian yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai iaitu memperagakan evening gown dalam pertandingan Miss Universe 2021.
Nak tahu evening gown peserta mana yang paling menarik dan berbeza? Wanista kongsi dengan kamu 5 evening gown yang paling cantik sekali!
#5 Miss Universe Laos 2021, Christina Lasasimma
Cantik sangat! Memang terserlah sisi seksi yang garang tetapi elegan pada masa yang sama.
#4 Miss Universe Jamaica 2021, Miquel-Symone Williams
Gaun berwarna warni yang sesuai itu menjadikan peserta dari Jamaica ini kelihatan lebih cantik dan menyerlah dengan warna kulitnya.
#3 Miss Universe India 2021, Adline Castelino
Wanista suka sangat dengan evening gown yang dipakai oleh peserta dari India. Gaun yang penuh kilauan batu dan manik serta fit dengan badannya, macam sang puteri.
#2 Miss Universe Venezuela 2021, Mariangel Villasmil
Dihiasi dengan batu dan manik di atas kain yang jarang, gaun yang agak berat ini diperagakan dalam caranya tersendiri. Memang cantik!
#1 Miss Universe Thailand 2021, Amanda Obdam
Tampil dengan tenang, elegan dan berkeyakinan tinggi, peserta dari Thailand telah memperagakan evening gown yang berwarna gold matte serta penuh dengan kilauan. Memang memukau setiap mata yang melihatnya!
Jika kamu lihat secara keseluruhan, evening gown yang diperagakan oleh setiap peserta memang cantik dan buntu untuk buat keputusan. Tetapi bagi Wanista, 5 gaun di atas memang cantik sangat dan tak boleh dilawan.
Antara top 5 evening gown di atas, mana satu yang menarik perhatian kamu?