Setiap perhubungan ada naik turunnya. Tak lengkaplah kalau hubungan itu tiada sedikit pertengkaran atau salah faham.
Tetapi kalau secara tiba-tiba pasangan menjadi marah atau merajuk, boleh sakit kepala juga fikirkan sebabnya.
Nak selesaikan persoalan ini, kamu boleh lakukan beberapa perkara untuk buatkan si dia tersenyum kembali.
Baca perkongsian di bawah ini.
Minta maaf dengan bersungguh-sungguh
Sama ada sengaja, tak sengaja atau tak tahu siapa yang sebenarnya salah, ketepikan ego kamu sekejap dan cuba minta maaf kepadanya.
Meminta maaf terlebih dahulu tidak akan menjatuhkan maruah atau mencalarkan ego. Malah perbuatan itu menunjukkan tahap kematangan dan hati yang baik.
Jadi minta maaf dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh supaya pertengkaran atau kemarahan si dia hilang dan tidak meleret-leret.
Waktu inilah kamu nak jadi extra sweet
Sebenarnya tak susah pun nak jadi sweet atau romantik. Tambah-tambah lagi kalau si dia tengah marah atau merajuk, memang ini peluang kamu untuk tunjukkan skills tersebut.
Untuk jadi extra sweet ketika ini, kamu boleh tanyakan si dia apa yang kamu boleh lakukan untuknya. Ketika bercakap dengannya, cuba turunkan nada suara dan gunakan suara manja kamu.
Confirm si dia cair dan tersenyum lebar! Jadi nak si dia cepat lupakan marahnya dan tersenyum, cepat lakukan begini.
Lembutkan hati si dia dengan masakan kamu
Jika kamu tak tahu apa yang perlu dilakukan untuk meredakan atau memujuk si dia, cuba kamu masakkan makanan kegemarannya.
Apabila dia melihat kamu bersungguh-sungguh memasak makanan kegemarannya, si dia akan rasa terharu dan sedikit sebanyak hilang rasa marahnya.
Selain itu, kamu juga boleh cuba masakan baru dan meminta si dia untuk merasainya. Orang kata melalui makanan, kamu boleh menggembirakan hati seseorang.
Bagi kejutan yang dia tak akan lupa
Sekiranya sebelum ini kamu tidak pernah berikan sebarang kejutan atau hadiah, apa kata kamu lakukannya sekarang? Bukan sahaja boleh redakan kemarahannya, malah bertambah rasa sayang si dia terhadap kamu.
Kejutan ini bukan sahaja kamu perlu berikan hadiah kepadanya. Kamu juga boleh tuliskan nota-nota kecil yang sweet atau menghantar mesej beritahu betapa sayangnya kamu kepadanya.
Selain itu, kamu juga boleh menempah makan malam atau sediakan makan malam yang istimewa di rumah untuk kamu dan si dia. Memang romantik!
Boleh juga jadi ‘badut’ sekejap
Tak salah untuk nampak bodoh sekejap di hadapan si dia. Ketika inilah kamu boleh menjadi badut untuk mentertawakan si dia dengan jenaka kamu.
- GIF – Tenor
Tak tahu nak buat lawak? Cuba kamu buat mimik muka yang lucu, mesti si dia ketawa terbahak-bahak melihatnya. Secara automatik, hilanglah rasa marahnya terhadap kamu.
Pujuk dengan belaian
Trik ini paling menjadi untuk menghilangkan rasa marah dan membuat si dia tersenyum kembali iaitu memujuk dengan belaian. Jangan salah faham pula ye.
Pujuk dengan belaian ini boleh dilakukan dengan hanya kamu peluk atau cium dengan sepuas-puasnya. Si dia mungkin akan elak atau menolak kamu daripadanya. Tetapi abaikannya dan terus lakukannya.
Untuk pengetahuan kamu, tolak atau elak itu bukan bermakna dia tidak sukakannya tetapi ianya hanya refleks daripada perasaan marah dan merajuk sahaja.
Kamu perlu tahu tak kiralah lelaki mahupun perempuan jika pasangan mula marah atau merajuk, kamu tidak perlu melenting tetapi bersikap tenang terlebih dahulu.
Cuba lakukan beberapa perkara yang dikongsi di atas atau gunakan trik yang kamu selalu lakukan untuk meredakan kemarahan pasangan.