Perabot dan barangan rumah dari IKEA memang diakui bagus serta berkualiti tapi ada segelintirnya memang mengundang bahaya.
Terkini, IKEA menggesa semua pelanggan yang memiliki pinggan, mangkuk, dan koleh HEROISK atau TALRIKA untuk berhenti menggunakannya dan menghubungi IKEA untuk mendapatkan bayaran balik penuh.
Risiko Pecah Dan Melecur
- Foto – Ikea
Dilaporkan, pinggan, mangkuk dan koleh HEROISK dan TALRIKA boleh pecah dan berkemungkinan mengakibatkan melecur disebabkan kandungan yang panas.
Walaupun IKEA mematuhi standard dan perundangan, tetapi telah menerima laporan bahawa produk ini telah pecah, namun tidak ada insiden sedemikian yang telah dilaporkan di Malaysia.
HEROISK dan TALRIKA boleh dikembalikan di kaunter Penukaran dan Penukaran di mana-mana gedung IKEA untuk mendapatkan bayaran balik. Bukti pembelian (resit) tidak diperlukan.
Jadi, kepada anda yang ada membeli produk ini, sebaiknya kembalikan ke IKEA. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan IKEA di 03-7952 7575.