Pemakaian contact lenses ini boleh menyusahkan kalau kamu bukanlah seorang yang pro.
Kalau ketika mahu memakainya pun sudah menyusahkan, apatah lagi ketika kamu mahu keluarkannya? Dua kali ganda susahnya.
Tak dinafikan si pemakai contact lenses alami kerisauan ketika mahu keluarkannya kerana kamu tidak boleh lakukan sentuhan fizikal secara terus pada bebola mata.
Nak tahu cara yang mudah dan tidak menyakitkan? Lihat perkongsian seorang pengguna TikTok ini, hanya tolak mata ke tepi sahaja.
Cara baru: Tolak mata ke tepi sahaja
Bagi mengurangkan tekanan dan menyebabkan kerengsaan pada mata, pengguna TikTok @lalaleluu (Lala) telah menemui satu kaedah yang sangat berkesan untuk mengeluarkan contact lenses.
Mendapat tontonan lebih daripada 4 juta, Lala memberitahu bahawa pengguna contact lenses tak perlu menolak mata ke belakang sebelum mengeluarkannya.
Sebaliknya mereka hanya perlu menggerakkan mata ke arah tepi dan kedipkan mata dengan lembut.
“Tolakkan mata kamu ke arah tepi dan kedipkan mata untuk keluarkan contact lenses. Cara ini paling mudah dan tak perlu saya sentuh bebola mata untuk keluarkannya.”
3 langkah yang mudah dan cepat
Untuk melakukan trik ini, pertama sekali kamu hanya perlu bukakan kelopak mata menggunakan jari. Ketika mahu membuka mata, jangan tekan terlalu kuat tetapi dengan lembut sahaja.
Langkah kedua gerakkan bebola mata kamu ke arah tepi, sama ada kanan atau kiri.
Akhir sekali kedipkan mata secara lembut untuk keluarkan contact lenses tanpa disentuh dengan tangan.
Ramai pengguna TikTok yang lain terkejut dan teruja
Melihatkan trik yang mudah dan tidak menyakitkan mata ini, rata-rata pengguna yang lain meninggalkan komen di video yang dikongsi itu.
“Selama ini saya telah ‘korek’ mata untuk keluarkannya padahal saya boleh cuba trik ini.”
“Sekarang saya baru nampak trik ini apabila saya hampir merosakkan mata dengan kuku.”
Walaupun trik ini berkesan bagi pengguna contact lenses, apa-apa pun kamu perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor atau pakar mengenai cara pemakaian dan pengeluaran contact lenses.
Selamat mencuba!