Bila bercakap tentang rutin penjagaan wajah, setiap orang ada caranya tersendiri. Ada yang mengamalkan basic cleanse, toner, moisturiser dan sunscreen. Ada pula gunakan teknik gua sha. Krim retinol rahsia anti penuaan, serta bermacam lagi. Tiada satu pun yang salah, asalkan sesuai untuk kulit.
Seperti wanita Jepun, mencapai kulit yang sihat dan bersih memerlukan masa, dan mereka membuat ritual mereka sendiri untuk kelihatan sempurna dalam menyingkirkan masalah kulit.
Teknik ini memakan masa 10 minit dan mempunyai 3 langkah utama yang dapat menjadikan wajah bersih bersinar.
Kaedah 4-2-4 Untuk Membersihkan Wajah
- Foto – Beauty Tap
Kaedah 4-2-4 adalah sistem khas yang dibahagikan kepada peringkat mengikut masa.
- Anda mulakan dengan minyak selama 4 minit.
- Selepas itu anda boleh menggunakan pembersih selama 2 minit.
- Dan langkah terakhir adalah membilas selama 4 minit.
Pakar mengatakan bahawa jika anda menggunakan kaedah pembersihan ini, anda tidak perlu mencuci muka pada waktu pagi, hanya pada waktu malam. Tambahan, anda tidak perlu melakukannya setiap hari. 4 kali seminggu sudah mencukupi.
Empat Minit Awal Guna Minyak
- Foto – Healtline
Guna minyak bertujuan meningkatkan peredaran dengan mengurut kulit selama 4 minit. Anda juga melembutkan lapisan atas dan membantu melonggarkan liang yang tersumbat. Sangat penting untuk memilih minyak yang betul.
Guna Pembersih Yang Sesuai Selama Dua Minit
- Foto – Skincraft
Setelah mengurut wajah anda, sapukan sedikit pembersih di bahagian atas minyak. Pakar mengatakan bahawa pembersih krim lebih baik daripada yang foam atau gel kerana tidak mengeringkan kulit. Bersihkan wajah selama 2 minit dengan gerakan lembut agar tidak membahayakan wajah anda.
Bilas Guna Air Suam Dan Sejuk
- Foto – Beauty Tips
Terakhir adalah membilas. Mulakan dengan air suam selama 2 minit, kemudian selesaikan dengan air sejuk selama 2 minit lagi. Air suam dapat membilas lebihan minyak dari kulit anda dan meningkatkan aliran darah ke permukaan.
Air sejuk dapat membantu mengetatkan liang pori. Teknik ini membantu menghidrat kulit sehingga selepas prosedur, wajah anda akan kelihatan berkilat.
Menarikkan cara mereka? Mungkin selepas ini anda boleh cuba kaedah wanita Jepun dalam mencapai kulit idaman yang bersih berseri.
Selamat Beramal!