Setiap wanita yang menjalinkan hubungan, tak dinafikan mesti ada satu ketika mereka berasa terlalu insecure.
Kadang kala perasaan insecure ini boleh datang dengan sendirinya. Dan ia juga boleh timbul disebabkan oleh pasangan kamu.
Nak tahu apa yang menyebabkan wanita menjadi insecure dalam perhubungan? Mari Wanista kongsikan 6 perkara yang buatkan ramai wanita insecure.
#1 Pasangan memuji orang lain secara terbuka
Untuk pengetahuan kamu sebenarnya ramai lelaki tidak berasa segan atau malu untuk memuji wanita lain di hadapan pasangannya. Tak kiralah dari segi penampilan atau perlakukan, perkara ini boleh menjadikan wanita lebih insecure dan kurang berkeyakinan.
Dipetik dari The List, ahli terapi dan perkahwinan mengatakan pasangan lelaki perlu menjaga mata dan mulut ketika bersama dengan pasangan wanita.
Ini kerana jika kamu mengatakan hal yang baik-baik dan memuji pasangan tanpa melibatkan orang lain, ia boleh membuatkan pasangan kamu berasa lebih dihargai dan tidak dibandingkan.
Apabila kamu mula memuji dan membandingkan wanita lain dengan pasangan kamu, ia akan membuatkan kamu seolah-olah mempersoalkan kekurangan pasangan.
#2 Komen mengenai berat badan
A big no! Jangan sesekali kamu cuba menanyakan atau memberi komen mengenai berat badan seorang wanita.
Tanyalah mana-mana wanita sekalipun, apabila isu berat badan dibangkitkan pasti mereka secara automatik menjadi insecure dan malu dengan penampilan diri sendiri.
Kebanyakan wanita sudah diajar bahawa kecantikan merupakan ‘pengukur utama’ dalam hidup mereka. Ada yang sanggup melakuan diet yang ekstrem atau berlapar untuk kelihatan cantik di mata pasangan.
Untuk pasangan, wanita lebih suka kamu berikan jaminan kepadanya. Antara jaminan tersebut adalah memberitahu kamu akan menerimanya tak kira apa pun atau berat badannya tidak menjadi penghalang untuk kamu terus menyayanginya.
#3 Bangkitkan isu/topik insecure wanita
Kerap kali terjadi terutamanya ketika pergaduhan. Banyak pasangan (lelaki) akan mula membangkitkan isu insecure wanita sebagai ‘senjata’ mereka.
Perkara ini sama sekali tidak betul. Tak kiralah apa jenis keadaan sekalipun, jangan sesekali membangkitkan atau mempermainkan isu insecure pasangan kamu.
Hal ini bukan sahaja membuatkan diri si dia berasa down, malah kamu boleh membuatkan diri wanita menyimpan perasaan dendam dan benci. Seterusnya hubungan kamu tidak akan berkekalan lamanya.
#4 Rahsiakan kewujudannya daripada orang lain
Ada yang menganggap perkara ini adalah normal kerana mahu menjaga hubungan atau tidak mahu malu jika hubungan ini tidak berjaya.
Sebagai wanita, menghebohkan hubungan adalah perlu. Maksud menghebohkan di sini adalah memberitahu rakan-rakan rapat mahupun ahli keluarga.
Ini kerana ia membuatkan kamu tidak memikirkan bahawa diri kamu sebagai seorang perempuan simpanan, skandal atau menyembunyikan hubungan daripada seseorang apabila pasangan memberitahu orang lain.
Pada masa yang sama, jika kamu memang menyukai seseorang sudah pasti kamu akan memberitahu pada orang lain bahawa kamu bersama dengannya dan bukan merahsiakan, betul tak?
#5 Menipu walaupun kamu sudah tahu perkara sebenar
Kadang kala lelaki akan fikirkan bahawa pasangannya tidak mengetahui hal sebenar apabila mereka menipu. Sebenarnya salah kerana wanita sangat cepat menghidu pembohongan.
Apabila pasangan mula menipu, wanita akan ‘dihujani’ dengan pelbagai persoalan dalam fikirannya. “Kenapa”, “mengapa”, “apa sebabnya” dan bermacam-macam lagi.
Bagi kebanyakan wanita yang sudah mengetahui pasangannya menipu, mereka akan berpura-pura seperti tidak tahu hal sebenar dan mahu melihat sama ada pasangannya akan jujur atau tidak.
Buat pasangan, jangan menipu dan sebaik-baiknya bercakap benar kerana perlakuaan kamu dapat membuatkan wanita menjadi insecure dan tidak percaya pada kamu.
#6 ‘Hilang’ dalam satu-satu masa
Sekiranya kita betul-betul menyukai seseorang pasti tidak ada satu hari pun kita tak akan berkomunikasi, betul tak?
Jika pasangan kamu tidak berkomunikasi selama berhari-hari, jelas bahawa dia sebenarnya tidak peduli dan mengambil berat mengenai kamu. Sebagai wanita sudah semestinya kita akan bertanya mengapa perkara ini terjadi dan sedikit sebanyak membuatkan kita menjadi insecure.
Tambahan pula, wanita akan menjadi lebih insecure apabila pasangan muncul kembali dan melakukan perkara ini berulang kali. Kadang kala kita memaafkan perlakuan tersebut walaupun ia membuatkan diri menjadi insecure.
Wanita yang sering berasa insecure dalam hubungan, Wanista cadangkan kamu untuk berbincang dengan pasangan mengenainya. Atau kamu juga boleh mencari penyelesaian supaya dapat mengurangkan rasa tersebut.
Apa-apa pun kamu perlu tahu bahawa wanita tidak sepatutnya berasa insecure ketika dalam hubungan.