Alangkah bahagianya kalau gambar yang diambil menggunakan filter itu merupakan wajah sebenar kita? Hmm… Tak perlu lagi letak effort untuk kelihatan cantik sepanjang masa.
Untuk pengetahuan kamu, sebenarnya kita boleh dapatkan wajah yang flawless seperti gambar yang menggunakan filter itu. Memang mudah sahaja, asalkan kamu berdisplin dan tertib dalam melakukannya.
Nak Wanista kongsikan rahsianya? Baca rahsia tersebut di bawah!
Wajib Buat 6 Langkah Ini
Dipetik daripada Vogue Australia, untuk mendapatkan kulit yang flawless, sihat dan cantik ala-ala filter di media sosial tak semestinya kamu perlukan produk yang mahal.
Hasil sebegitu boleh dicapai melalui displin dan pembetulan rutin penjagaan wajah yang sesuai dengan jenis kulit dan gaya hidup bagi meningkatkan kesihatan kulit wajah.
Amalkan 6 langkah ini sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan wajah kamu untuk membantu menjaga kesihatan kulit dari dalam dan luar.
#1 Wujudkan “Me Time”
Setiap kali melakukan rutin penjagaan wajah terutamanya sebelum tidur, kamu disarankan untuk wujudkan ‘Me Time‘ atau luangkan masa yang lebih untuk diri sendiri.
Manjakan diri seolah-olah kamu menjalani rawatan penjagaan wajah di spa. Tak kiralah berapa langkah rutin yang kamu amalkan sama ada 10 langkah mahupun lebih atau kurang, pastikan rutin ini padat dan menenangkan kamu.
Pada masa yang sama, jangan lupa untuk amalkan pemakaian sunscreen dengan kerap dan lakukan pembuangan sel kulit mati secara berkala dengan exfoliate.
#2 Mengurut Wajah
Untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat dan glowing, penting untuk kamu lakukan urutan. Tujuan urutan wajah ini adalah untuk membantu merangsang peredaran darah di seluruh wajah.
Kamu boleh gunakan tangan atau alat urut wajah seperti gua sha scraper atau roller batu jade untuk melonggarkan otot di wajah. Selain itu, kamu juga boleh membuang sisa buangan (sel kulit mati, blackhead atau whitehead) dari permukaan kulit.
Petua penting untuk mengurut wajah dengan lebih berkesan, selalu sapu minyak serum pada wajah terlebih dahulu sebelum urut.
#3 Senaman Berkala
Bersenam sangatlah penting untuk dapatkan kulit wajah yang flawless dan sihat! Kalau kamu nak tahu, bersenam secara berkala boleh tingkatkan kesihatan kulit dan badan.
Cuba pelbagaikan jenis senaman seperti senaman ringan dan juga berat. Untuk hari malas pula, kamu perlu lakukan senaman sekurang-kurangnya yoga kerana ia berfokuskan kepada latihan pernafasan yang baik.
#4 Kawal Tahap Kortisol
Kamu tahu apa itu kortisol? Kortisol adalah sejenis hormon tekanan yang ada pada setiap individu.
Sekiranya kamu tidak mengawal tahap kortisol dalam badan, secara langsung ia boleh berkait dengan pelbagai jenis masalah kulit. Antaranya adalah jerawat dan keradangan kulit.
Ketika badan mengalami tekanan, kadar hormon kortisol akan meingkat dan kelenjar sebum di bawah kulit akan bertindak balas dengan merembeskan minyak secara berlebihan.
Jika kulit kamu meradang dan dinaiki jerawat, guna pembersih yang lembut dan produk spot treatment yang mengandungi bahan pencegah jerawat seperti salicylic acid.
#5 Lindung Kulit Dari Blue Light
Tak dinafikan setiap hari kita akan menghadap skrin komputer, televisyen dan juga telefon bimbit. Untuk pengetahuan kamu, setiap satu daripada peranti ini akan menghasilkan blue light yang berbahaya pada kulit.
Kesannya ia dapat merosakkan lapisan kulit yang dalam dan menyebabkan penghasilan kolagen semakin berkurang. Jadi nak elakkannya, kamu wajib pakai sunscreen setiap hari.
#6 Tidur Dengan Cukup
Langkah terakhir dan cukup bermakna untuk mendapatkan kulit yang sihat, glowing, cantik dan flawless mestilah tidur.
Penting sangat untuk setiap individu mempunyai tidur yang cukup dan berkualiti. Untuk dapatkan tidur yang nyenyak dan berkualiti, kamu perlu siapkan badan selama satu jam sebelum tidur.
Latihkan diri untuk halang gangguan (tukar mode telefon bimbit ke silent atau plane) atau sediakan beberapa minuman panas seperti susu dan teh untuk beri isyarat pada badan dan minda bahawa kamu perlu berehat.
Jadi senang sahaja langkah-langkah ini, betul tak? Wanista percaya setiap seorang daripada kita boleh lakukannya dan mencapai hasil kulit yang flawless seperti filter tak lama lagi.
Selamat beramal ♥