“Walaupun GFRIEND secara rasminya berakhir, tetapi ini bukanlah pengakhiran untuk kita semua”, ujar GFRIEND Sowon.
Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba kumpulan K-Pop GFRIEND tiba-tiba umum akan dibubarkan?
Menerusi surat yang ditulis untuk fandom kumpulan itu (BUDDY), GFRIEND beritahu mereka akan dibubarkan secara rasmi pada 22 Mei 2021.
Nak tahu apa sebabnya, baca kupasan di bawah.
Muat naik surat ‘selamat tinggal’ untuk peminat
Pada 19 Mei 2021, ahli kumpulan GFRIEND iaitu Sowon, Yerin, Eunha, Yuju, SinB dan Umji telah memuat naik surat ucapan selamat tinggal di media sosial untuk peminat mereka. [BACA SINI]
Sowon iaitu ketua kumpulan GFRIEND memberitahu walaupun kumpulan mereka dibubarkan, tetapi ahli mereka tetap bersama kerana mereka akan terus berkarya untuk masa depan masing-masing.
Manakala anggota lain juga mengucapkan terima kasih pada peminat dan meminta maaf kerana dibubarkan secara tiba-tiba.
“Saya tidak akan melupakan semua aktiviti yang kami lakukan dan kasih sayang daripada peminat. Saya akan hargai semua kenangan dengan yang yang bersyukur dan perlahan-lahan membalas jasa kamu semua dengan aktiviti secara individu pada masa akan datang”, ujar SinB.
GFRIEND tak perbaharui kontrak dengan agensi
Menurut Source Music, keenam-enam ahli GFRIEND telah berkongsi keputusan akhir mereka pada 18 Mei 2021 baru-baru ini. Kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat untuk mengikut hala tuju masing-masing dalam karier mereka.
“Helo, ini adalah Source Music. Kontrak eksklusif GFRIEND dan Source Music akan berakhir pada 22 Mei 2021. Setelah perbincangan yang teliti dan mendalam, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mengikuti jalan masing-masing pada masa akan datang.”
GFRIEND yang tidak memperbaharui kontrak dengan agensi tersebut telah menyebabkan kumpulan tersebut tidak akan bergerak bersama lagi dan dibubarkan secara tiba-tiba.
Menerusi pernyataan oleh agensi itu juga, Source Music turut menyatakan rasa terima kasihnya pada peminat terutamanya BUDDY kerana sentiasa menyokong kumpulan tersebut sepanjang karier mereka.
“Pihak kami juga (Source Music) mengucapkan terima kasih yang ikhlas kepada GFRIEND kerana membenarkan kami untuk berada bersama-sama sepanjang perjalanan mereka”
Adakah ini kali terakhir peminat melihat GFRIEND?
Tanpa mengetahui sebab sebenar mengapa GFRIEND tidak memperbaharui kontrak bersama Source Music, peminat tetap berharap agar kumpulan tersebut tidak dibubarkan secara terus.
Menurut Tenasia, kumpulan K-Pop GFRIEND mungkin akan dibubarkan secara terus setelah kontrak eksklusif mereka bersama Source Music berakhir.
Pada masa yang sama, Source Music turut dilaporkan telah memohon untuk trademark nama kumpulan tersebut di Pejabat Harta Intelek Korea baru-baru ini.
Isu tersebut yang menarik perhatian dan membingungkan peminat setelah mereka mengetahui berita pembubaran kumpulan tersebut.
Kumpulan GFRIEND telah membuat debut pada tahun 2015 dengan album mini pertama mereka iaitu “Season Of Glass“. Dan tahun berikutnya kumpulan ini menjadi hit dengan laku “Rough“.
Sepanjang 6 tahun berkarya, GFRIEND telah mengeluarkan 10 album mini dan 3 rekod penuh. Manakala projek terbaru mereka adalah album studio ketiga iaitu “Walpurgis Night” yang dikeluarkan pada November 2020 dan menampilkan single “Mago“.