Sejak penularan pandemik mula menyerang negara kerajaan terpaksa mengeluarkan arahan dan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi mengurangkan kes jangkitan Covid-19 dan dari situ rakyat terpaksa melakukan kerja dari rumah atau work from home (WFH).
Tapi sudah masuk tahun kedua ini ramai yang telah mula bosan dengan PKP dan WFH, hinggakan ada yang mengadu tertekan menghadapi situasi seperti ini.
Bagi wanita yang berkeluarga mungkin tidak mengalami sangat rasa sunyi atau bosan, tetapi wanita bujang yang tinggal sendirian amat terasa kesunyian dan kebosanan sepanjang PKP walaupun melakukan kerja dari rumah.
Ini antara aktiviti menarik yang wanita bujang boleh lakukan sepanjang berkurung di rumah semasa PKP ini.
#1 Layari Internet
- Foto – Sheezy Sauto
Dalam sibuk melakukan kerja-kerja yang menimbun semasa PKP di rumah, dan dalam masa yang sama ingin menghilangkan kebosanan bersendirian di rumah adalah dengan melayari internet.
Kamu boleh menonton filem, drama, mendengar lagu artis kesukaan atau menonton rancangan yang menarik di internet untuk menghilangkan kebosanan, selain itu kamu juga boleh mengalihkan tumpuan dengan bermain permainan dalam talian selepas selesai kerja yang perlu dilakukan.
#2 Kebun DIY
- Foto – Pinterest
Apa kata kamu ambil masa yang ada semasa work from home sepanjang PKP ini dengan bercucuk tanam, tak perlu buat kebun yang besar cukup dengan memiliki rak bertingkat untuk kamu letakkan pokok tanaman pilihan dalam pasu kecil.
Sama ada kamu memilih untuk menanam sumber makanan atau sekadar pokok biasa, kehijauan yang tumbuh dari hari ke sehari akan membuatkan mood kamu menjadi ceria.
#3 Pelihara Haiwan
- Foto – Pinterest/Today
Jika sebelum ini kamu tinggal sendirian di rumah tanpa keluarga atau housemates, apa kata kamu cuba memelihara haiwan sebagai peneman setia kamu di sisi.
Dengan memberi tumpuan pada haiwan peliharaan sedikit sebanyak telatah haiwan kesayangan dapat mencuit rasa gembira dalam diri kamu yang sunyi itu.
#4 Cari Kenalan Baru
- Foto – Verywell Mind
Dah jemu melayan sinetron di televisyen, mungkin kamu boleh mencari kenalan baru dengan memuat turun aplikasi suai kenal yang ada di Google Play Store dan Apple App Store.
Sambil mencari kenalan baru mungkin boleh terjumpa jodoh di situ, siapa tahu betul tak?
#5 Bersukan Dan Riadah
- Foto – iStock
Lemau terkurung di rumah dan bosan menghadap kerja pejabat yang tidak surut-surut, buang aura negatif kamu dengan bersukan dan beriadah.
Selesai menyiapkan tugas, kamu boleh peruntukkan masa seketika untuk bersenam di dalam rumah ataupun jogging di sekitar kawasan rumah bagi melepaskan tekanan diri.
#6 Membeli-Belah Dalam Talian
- Foto – Contently
Wanita tidak lari dari keinginan untuk membeli-belah, meski semasa PKP ini kita semua tidak dapat mengunjungi pusat membeli-belah sangat, kamu boleh berbelanja dengan membeli-belah secara dalam talian saja.
Tambahan lagi, dengan kesibukan work from home pastinya membeli-belah secara dalam talian adalah ubat terbaik untuk melepaskan giat shopping kamu di rumah.
#7 Belajar Memasak Atau Sesuatu Yang Diminati
- Foto – Pinterest/The Balance Small Business
Selain itu, kamu juga boleh fokus mengasah kemahiran memasak di rumah dengan menonton pelbagai video resepi yang ada di internet sedikit sebanyak dapat mengalihkan fokus kamu.
Dan siapa tahu dengan kemahiran tersebut kamu boleh berniaga secara dalam talian, lagi pun masa inilah yang sesuai jika kamu ingin mempelajari sesuatu yang sudah lama kamu ingin lakukan tapi tiada masa.
Dengan aktiviti-aktiviti yang disenaraikan di atas, pastinya hari-hari kamu menjadi lebih terisi dan sibuk. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kamu, selamat beramal!