Berminyak, normal, kering atau kombinasi? Yang mana satu jenis kulit kamu?
Penting untuk mengetahui jenis kulit bagi mendapatkan produk yang sesuai, agar masalah pada kulit dapat dirawat dengan sebaiknya.
Tapi, jangan tak tahu ada wanita yang tidak tahu jenis kulit mereka. Bila ditanya beautician mereka terkial-kial nak menjawab.
Bagi memudahkan kamu semua, Wanista kongsikan satu ujian boleh dibuat untuk mengenal pasti jenis kulit muka. Dari satu kamu tahu kamu miliki jenis kulit berminyak dan sebagainya.
Hanya Guna Tisu, Tepek Ke Muka
Cara terbaik untuk mengetahui jenis kulit adalah dengan menggunakan tisu. Ujian jenis kulit ini agak mudah dan boleh dilakukan di rumah sahaja.
- Foto – Wiki
- Cuci muka seperti biasa sebelum tidur dengan pembersih ringan
- Keringkan muka
- Biarkan muka begitu saja, tanpa melakukan sebarang rutin kecantikan seterusnya – no pelembap, serum dan sebagainya.
- Tepek tisu di muka ketika kamu bangun pada waktu pagi – di dahi, hidung, pipi, dagu, keseluruhan muka.
- Dengan tepek tisu, kamu dapat melihat bahagian yang berminyak atau tidak sama sekali.
Hasil Ujian
Sekiranya tisu tidak menyerap minyak dari kulit, ini bermaksud bahawa jenis kulit kamu normal atau sihat. Tetapi jika tisu melekat pada kulit.
- Foto – Playbuzz
- Kelihatan berkilat atau tisu menyerap minyak, itu maksudnya kulit berminyak.
- Kulit terasa ketat atau mengelupas selepas satu jam maka kulit kamu kering.
- Tisu menyerap minyak di Zon-T (kawasan dahi, hidung dan dagu) setelah satu jam, tetapi kawasan lain terasa kering, bermaksud kulit kombinasi.
Tapi tahukah anda bahawa jenis kulit yang dimiliki sebenarnya boleh berubah? Sebenarnya, ciri-ciri kulit setiap orang berbeza dan ini boleh berubah kerana beberapa faktor.
- Kandungan air di kulit
- Jumlah minyak pada kulit
- Tahap sensitivit kulit anda
Afterall, sentiasa ingat untuk melakukan rutin penjagaan agar kulit terlihat sihat, bersih dan berseri.