Bio-Oil memang popular dalam kalangan mereka yang mahu kurangkan penampilan stretch marks atau kedutan halus di wajah.
Tapi pernah tak kamu terfikir untuk memakai Bio-Oil di wajah terutamanya bagi yang mahu hilangkan parut jerawat? Ada yang mengatakan boleh dan ada yang tidak, jadi yang mana satu betul?
Mari baca kupasan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Bio-Oil dan parut jerawat.
Sesuai ke pakai Bio-Oil pada parut jerawat?
Untuk pengetahuan kamu Bio-Oil boleh digunakan pada keseluruhan wajah tanpa memberi sebarang kesan sampingan.
Dipetik daripada laman web rasmi Bio-Oil, produk ini memang sesuai dan boleh digunakan. Ini kerana Bio-Oil tidak mempunyai sifat komedogenik iaitu boleh menyumbatkan liang pori dan menyebabkan pembentukan jerawat.
Bagi parut jerawat pula, ia merupakan salah satu proses penyembuhan yang berlaku disebabkan oleh penumpukan kolagen di bahagian luka tersebut. Walaupun ia bersifat kekal tetapi Bio-Oil boleh bantu memudarkannya.
Menurut kajian yang dilakukan, produk Bio-Oil ini sangat berfungsi dan berkesan dengan baik pada parut jerawat yang baru iaitu berlaku kurang daripada satu tahun.
Pada masa yang sama produk Bio-Oil ini boleh digunakan pada mereka yang mempunyai 4 jenis parut jerawat seperti pockmark, ice pick, rolling dan boxcar.
Bahan dalam Bio-Oil boleh pudarkan parut jerawat
Dipetik daripada Healthline selain berkesan dalam memudarkan parut jerawat baru (usia kurang dari setahun), Bio-Oil juga dapat merawat dan mengurangkan penampilan parut jerawat yang tua.
Menerusi kajian yang dilakukan pada tahun 2012, sebanyak 84% individu mengalami peningkatan dalam keadaan parut jerawat mereka. Manakala lebih 90% individu mengalami peningkatan warna parut.
Kalau kamu nak tahu, perubahan warna parut dan penampilan parut ini terjadi disebabkan oleh bahan-bahan yang terkandung di dalam Bio-Oil. Antaranya adalah:
- Vitamin A dapat membantu mengelupas kulit dengan cepat dan mendorong sel kulit baru terbentuk. Bahan ini berupaya untuk mempercepatkan proses penyembuhan parut.
- Vitamin E berkesan dalam mengurangkan penampilan parut termasuklah parut jerawat. Bahan ini juga berupaya untuk mempengaruhi pembentukan dan susunan serat kolagen untuk menyembuhkan bekas parut jerawat.
- Minyak calendula dapat melembapkan dan menjana semula sel kulit serta dapat mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh kecederaan, parut atau sunburn.
- Minyak lavender boleh melawan bakteria pada kulit serta berupaya menenangkan kulit yang mengalami jengkel.
- Minyak rosemary mempunyai kesan antiseptik dan antimicrobial yang dapat kurangkan bakteria, virus, keradangan dan membantu penyembuhan luka.
- Minyak chamomile dapat menyembuhkan parut atau luka, menenangkan kulit dan bersifat anti-radang. Bahan ini juga dapat mengurangkan penampilan warna yang tak sekata.
Cara yang terbaik untuk pakai Bio-Oil
Untuk menambahkan penggunaan Bio-Oil di dalam rutin penjagaan wajah harian, Wanista syorkan untuk kamu guna dua kali sehari bagi mendapatkan kesan yang lebih cepat dan efektif.
Kamu boleh titiskan beberapa titik Bio-Oil pada tapak tangan dan tepuk atau tampar secara lembut dan perlahan pada bahagian wajah (parut jerawat) untuk penyerapan yang lebih maksimum. Elakkan daripada menggosoknya di atas wajah.
- GIF – Be Beautiful
Selain itu, kamu juga boleh gunakan Bio-Oil selepas pelembap atau selepas mencuci dan biarkan semalaman untuk mendapatkan manfaatnya.
Bio-Oil ini boleh dikatakan sebagai produk yang perlu ada bagi setiap wanita tak kiralah apa jenis masalah kulit sekalipun.
Sebelum menggunakannya, pastikan kamu tiada sebarang alahan terhadap bahan-bahan di dalam Bio-Oil. Jika ada, elakkan atau berhenti gunakannya.