“Aduh! Malulah kalau mekap cair dan bercapuk kejap lagi. Mana satu yang nak pakai, setting spray ke setting powder?”
Berfungsi untuk lock mekap kamu dalam satu tempat tanpa merosakannya, yang mana satu sesuai untuk kamu guna? Adakah setting powder atau setting spray?
Kali ini Wanista nak kongsi dengan kamu yang mana satu sesuai mengikut jenis kulit dan bagaimana caranya yang betul untuk kamu pakai.
Baca perkongsian di bawah.
Setting Powder VS Setting Spray, Apa Perbezaannya?
Untuk pengetahuan kamu, kedua-dua produk ini memang berkesan dalam mengekalkan mekap dalam jangka masa yang lama tanpa merosakannya.
Nak pakai pun kamu perlu tahu terlebih dahulu yang mana satu sesuai dengan jenis kulit kamu. Bergantung pada jenis kulit dan jenis kemasan yang dimahukan, setiap satunya ada perbezaan tersendiri.
-
Setting Powder
Kebiasannya setting powder didatangi dalam bentuk serbuk yang sensitif terhadap kelembapan di mana kamu perlukan berus atau puff untuk gunakannya.
Setting powder diformulasikan dengan cara yang dapat mengawal kulit berminyak dengan menyerap minyak tambahan di wajah. Pada masa yang sama, produk ini juga dapat kekalkan foundation di wajah tanpa mencairkan atau membuat wajah menjadi capuk.
Bergantung pada keperluan kulit kamu, setting powder boleh didapati dalam pelbagai jenis shades atau hanya sebagai translucent sahaja.
-
Setting Spray
Lebih efektif dan serba boleh, kamu boleh gunakan setting spray selepas sahaja menggunakan setting powder untuk lock kesemua mekap kamu.
Bergantung kepada look yang kamu mahukan, setting spray boleh hasilkan matte finish dan dewy finish. Jangan risau, setting spray akan berikan tekstur yang lembut pada kedua-dua looks ini.
Yang menariknya, setting spray ini sesuai dan boleh dipakai ketika hari yang panas dan lembap serta untuk mereka yang cepat berpeluh.
Yang Mana Satu Sesuai Ikut Jenis Kulit Muka?
Nak pakai setting powder mahupun setting spray, terlebih dahulu kamu perlu tahu yang mana satu sesuai dengan jenis kulit wajah. Bukan apa, jika tidak sesuai, kedua-dua produk ini tidak dapat ‘bekerja’ dan berfungsi untuk lock mekap dalam jangka masa tertentu.
-
Setting Powder
Bagi mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak atau kombinasi, setting powder ini perlu digunakan pada bahagian yang berminyak sahaja dan bukannya keseluruhan wajah.
Nak mekap lebih nampak cantik dan set di tempatnya, cuba kamu dab atau sapukan setting powder selepas menggunakan concealer. Teknik ini bukan sahaja mencerahkan kawasan di bawah mata, malah berfungsi menjaga concealer kamu untuk berada di tempatnya tanpa cair atau capuk.
Selain itu, setting powder yang mengandungi bahan seperti silica, mica dan tepung jagung bagus untuk mewujudkan kesan lembut tanpa tekstur pada wajah.
-
Setting Spray
Untuk kulit kering, setting spray sangat sesuai dan ideal kerana ia akan menarik kelembapan untuk masuk ke dalam kulit bagi menjadikannya lebih terhidrat dan lembut.
Manakala jika kamu mempunyai kulit berminyak atau kombinasi, cari bahan-bahan tertentu dalam setting spray untuk tidak merosakkan mekap dan menjaga kulit kamu.
Antara bahan yang diperlukan untuk individu kulit berminyak atau kombinasi adalah aloe vera, witch-hazel dan air mawar. Bagi aloe vera, ia berfungsi untuk menenangkan kulit daripada keradangan. Selain itu, witch-hazel dan air mawar berfungsi dalam mengawal pengeluaran minyak berlebihan di wajah.
Cara Pakai Yang Betul Dan Berkesan
Untuk memakai kedua-dua produk ini, kamu tidak boleh sembarangan pakai jika tidak tahu teknik yang betul. Ia boleh menjadi sia-sia kerana jika tersalah cara dan teknik mekap kamu tidak akan kekal dan lock, malah ia boleh rosak dengan cepat.
Cara guna setting powder:
- Sebelum menyapu setting powder pada wajah, gunakan berus yang lembut, fluffy dan mempunyai hujung yang tirus. Sekiranya mahu gunakan untuk seluruh wajah, pakai berus rata yang besar.
- GIF – Zula.sg
- Untuk menyapu di wajah, ‘celup’ berus ke dalam setting powder dan sapu dalam gerakan membulat di kawasan yang berminyak seperti T-zone dan kawasan mulut.
- Jika ada lebihan setting powder di wajah, sapu secara perlahan-lahan lebihan tersebut menggunakan berus dan siap!
Cara guna setting spray:
- Letakkan setting spray pada jarak yang betul dari wajah. Sekurang-kurangnya 6 inci sehingga 8 nci dari wajah untuk pastikan penggunaan yang rata.
- GIF – GIPHY
- Tutup mata dan mulakan semburan di bahagian tengah wajah. Kemudian, sembur di bahagian dahi dan tepi wajah. Sembur hanya sekali sahaja.
- Tunggu beberapa minit dan biarkan setting spray yang disembur di wajah kering sepenuhnya.
Kedua-dua produk ini ada cara penggunaan dan fungsinya tersendiri. Jika kamu pakai dan tidak berkesan sebelum ini, cuba semak kembali cara pakai dan adakah kulit kamu sesuai untuk gunakannya.