Hairan juga bila tengok orang lain senang sahaja jumpa jodoh mereka. Kamu pula masih menunggu jodoh untuk sampai.
Dalam sedar tak sedar sebenarnya si dia mungkin berada di sekeliling kamu. Malah mungkin juga berada di hadapan mata kamu sekarang.
Semak tanda-tanda ini kalau nak tahu jodoh sebenarnya di depan mata kamu sahaja selama ini.
- Tahu “he’s the one“. Perasaan kamu sendiri yang akan memberitahu bahawa dia adalah yang sempurna dan sesuai untuk menjadi teman hidup kamu.
- Berkongsi matlamat hidup yang sama. Kedua-dua kamu berada di ‘halaman’ yang sama dan mempunyai cara yang berbeza untuk mencapai tujuan tersebut. Tetapi sebagai hasilnya kamu menginginkan hasil yang sama.
- Dapat merasai kesakitan masing-masing. Situasi ini terjadi apabila kamu terlalu sayangkan atau mengambil berat tentang si dia sehinggakan kesakitan atau keperitan yang dialaminya, kamu boleh rasai dan kongsi perasaan itu.
- Rasa seperti kena ‘renjatan elektrik’. Apabila kamu berjumpa dengan jodoh, secara tidak sengaja kamu berdua akan jatuh cinta yang menyebabkan rasa itu sempurna dan sesuai.
- Perkara lain tidak penting. Pernah tak kamu rasakan seperti kamu dan si dia sahaja yang penting, perkara di luar hubungan kamu tidak perlu diambil berat dan tidak relevan?
- Tingkah laku berbeza dari sebelum ini. Mungkin sebelum ini si dia mungkin melayan kamu sebagai kawan, tetapi lama-kelamaan si dia melayan kamu sebagai seorang kekasih dan lebih menghargai hubungan kamu berdua.
- Sehari tak bercakap rasa tak lengkap! Jika kamu tak bercakap dengan si dia seharian, hari kamu akan rasa tak lengkap dan kosong sahaja.
- Letak tahap kepercayaan yang tinggi. Dalam tak sedar, akan ada seorang individu yang kamu akan letak kepercayaan yang tinggi dan tak mahu dikecewakan.
- Rasa lebih dihargai. Si dia sering memuji dan melayan kamu dalam cara yang berbeza dari orang lain. Tingkah lakunya penuh dengan kasih sayang yang kamu tak pernah rasakan sebelum ini.
- Mahu bina masa depan bersama. Si dia bercakap tentang rancangan masa depannya dan kamu berada di dalamnya.
- Rasa saling lengkap melengkapi. Setiap orang ada kekurangan dan kelemahan tetapi hubungan melengkapkan setiap pasangan seperti yin dan yang.
- Faham antara satu sama lain. Di antara kamu dan si dia tidak akan pernah ada salah faham dan sentiasa memahami kamu tidak kira apa jenis situasi sekalipun.
Tak dinafikan setiap orang pasti tidak akan sangka bahawa jodoh mereka sebenarnya ada di sekeliling atau di hadapan mereka sahaja.
Jadi jangan terburu-buru dan mencari pasangan yang jauh sedangkan kamu boleh mencari si dia di dalam kalangan kamu sahaja.