Wanita sering mengeluh dan mengadu rambut rosak, kusam, kering, mudah putus dan berketak tapi tahukah kamu bahawa apa yang berlaku ini merupakan salah sendiri yang selalu kamu lakukan tanpa sedar.
Kesalahan yang dimaksudkan adalah kamu jarang mencuci rambut dan paling minima pun dua kali seminggu, rutin seperti ini akan memberi mudarat pada rambut dalam jangka masa panjang jadi tidak hairanlah masalah rambut rosak boleh berlaku.
Tak Cuci Rambut Dua Hari Pun Rambut Boleh Rosak!
Tahukah kamu kalau kamu tak basuh rambut dua hari pun rambut boleh rosak, ini kan pula dua kali seminggu sahaja kamu mecuci rambut pastinya masalah rambut rosak jadi lebih serius.
Mikroskop Dedah Apa Berlaku Pada Rambut Yang Tak Cuci
@faytg how often do you wash your hair#microscope#for you#fyp
Dalam perkongsian video TikTok @faytg, eksperimen menggunakan mikroskop bagi melihat apa yang berlaku pada rambut yang tidak di cuci selama dua hari sangat mengejut.
Mana tidaknya hanya dalam tempoh dua hari tidak membasuh rambut boleh menyebabkan masalah rambut berminyak, diselubungi dengan kelemumur, rambut berakar dan berketak.
Kesan Lain Kerana Jarang Membasuh Rambut
- Foto – OBN
Menerusi pemerhatian di bawah lensa mikroskop yang dikongsikan oleh @faytg di atas, itu baru sedikit kesan kerosakan rambut yang dapat di lihat bagi rambut yang tidak cuci selama dua hari.
Tapi bagaimana pula dengan rambut yang hanya dua kali seminggu baru basuh? Tidakkah lagi teruk masalah rambut yang di hadapi, ini antara masalah rambut yang boleh berlaku jika jarang atau malas mencuci rambut.
- Rambut menjadi nipis dan tidak sihat.
- Rambut sukar tumbuh kerana ditutupi dengan minyak yang menyelubungi rambut yang tidak di cuci.
- Rambut yang tidak di cuci boleh bertukar kepada perangkap habuk dan hama!
- Rambut mula mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
- Kelemumur menimbun.
- Rambut mula gugur dan mudah putus.
Berapa Kali Patut Cuci Rambut?
- Foto – Be Beautiful
Rambut perlu di cuci hari-hari dan bukannya berselang-seli, apatah lagi minyak dan kelemumur yang muncul pada permukaan kulit kepala dan setiap helaian rambut agak sukar untuk ditanggalkan jika tidak di cuci dengan bersih dan secara menyeluruh.
Malah kamu sendiri tidak dapat pastikan sama ada rambut yang kamu cuci itu tiada kelemumur dan minyak atau tidak, justeru itu dengan mencuci rambut setiap hari adalah cara terbaik menjaga rambut dan kamu juga perlu menggunaka shampoo rambut yang bersesuai dengan masalah rambut yang dihadapi.
- Foto – Pinterest
Jadi bagi wanita yang jarang mencuci rambut, lepas ini kamu perlu ubah rutin dan basuh rambut setiap hari terutamanya jika kamu mempunyai rambut yang lebat dan panjang jika tidak mahu masalah rambut rosak menimpa.