Siapa dekat sini suka lihat dan teringin nak cuba pakaian tradisional masyarakat India seperti sari?
Dengan pelbagai pilihan warna, aksesori yang unik dan elemen authentic tersendiri, pakaian ini sering menjadi pilihan dalam kalangan masyarakat.
Jadi kali ini Wanista nak kongsikan dengan kamu 5 artis Malaysia ini memang nampak cantik dalam set lengkap pakaian sari. Sekali pandang memang macam pelakon Bollywood.
Erra Fazira bergaya dengan sari berwarna merah
Sedondon, Scha Alyahya nampak cantik dalam sari warna biru
Miliki wajah seperti pelakon Bollywood, Izara Aisyah pilih warna nude
Zahirah MacWilson tonjol badan ramping dengan sari berwarna kuning
Bella Dally nampak anggun dengan tambahan aksesori yang unik!
Memang cantik-cantik belaka betul tak? Selain sari, pakaian tradisional seperti lehenga, dhoti dan kurta juga menjadi pilihan ramai masyarakat Malaysia termasuk artis.
Nak nampak lain dan bergaya ketika majlis, kamu boleh cuba tema Bollywood. Confirm meriah!