Terkejut dengan berita Ariana Grande sudah berkahwin. Tiada ribut tiada angin… tuptup dah kahwin, mungkin dah tertulis jodohnya dengan lelaki bernama Dalton Gomez.
Pada Khamis lalu, 27 Mei 2021, Ariana Grande akhirnya berkongsi gambar bahagia hari perkahwinan serba ringkas penuh terindah.
Gaun Seksi Manis Rekaan Vera Wang
Rangkaian gambar menampilkan wanita genit ini dalam persalinan gaun seksi putih yang menakjubkan rekaan Vera Wang.
https://www.instagram.com/p/CPV4cFrliH3/
Ariana memilih gaun kemban sutera serba ringkas moden yang menampilkan susuk tubuhnya yang ramping berserta vale comel.
Vale Comel Ilham Audrey Hepburn
- Foto – Popsugar
Vale yang dipakainya mencuri tumpuan merupakan ilham ikon Audrey Hepburn, lengkap dengan reben menyerlahkan lagi penampilan Ariana yang cantik mempesonakan itu.
Perhiasan Mewah Dari Lorraine Schwartz
Tak lengkap diri tanpa perhiasan mewah. Ariana memilih anting-anting mutiara dan berlian oleh Lorraine Schwartz, sepadan dengan cincin pertunangannya.
https://www.instagram.com/p/CPV4KYBFTHX/
Majlis bahagia ini hanya dihadiri 20 orang tetamu, termasuk ibu Joan Grande dan ayah Ed Butera, yang kedua-duanya mengiringi Ariana ke alter.
Jejaka kacak ini melamar Ariana pada Disember 2020 selepas setahun berpacaran.
Apapun tahniah Ariana Grande!