Untung bila mempunyai aset yang memikat, sampai tular di media sosial.
Itu yang terjadi pada model kelahiran Kanada yang menjadi sensasi dekat TikTok, semuanya kerana warna rambutnya yang ramai kemaruk.
Molly Mcarthur (@mollymcarthur) miliki rambut panjang ikal mayang dengan gabungan warna coklat kemerahan yang menyerlahkan lagi penampilan sehingga ramai wanita mahu mengetahui rahsia warna rambutnya itu.
Video Mewarnakan Rambut Dapat Jutaan Tontonan
@mollymcarthur3
Selepas menyiarkan video proses mewarnakan rambut di TikTok, siapa sangka ianya melodak dan mendapat pelbagai komen pujian, tidak kurang juga mahu mengetahui apa yang dia gunakan.
Campuran Dua Warna
Muat naik satu lagi video, kali ini Molly menjelaskan warna rambutnya bukanlah rahsia. Warna ini adalah campuran Wella Color Charm Shades Red Terra Cotta 6R dan Light Copper 6RG. Dia langsung tidak bleach, hanya mewarnakan saja semata.
@mollymcarthur3 Reply to @hotlentils
Ajaibkan?
- Foto – Instagram @mollymcarthur
- Foto – TikTok @mollymcarthur3
Memang cantik tapi nak diingatkan bahawa warna-warna ini mungkin tidak sama pada semua orang, bergantung pada warna rambut yang anda miliki sebelum ini.
Sekiranya anda ingin mewarna rambut anda sendiri, lakukan banyak research dan berunding dengan pakar yang boleh dipercayai agar anda mendapatkan warna rambut idaman.