“Banyaknya pilihan toner di pasaran, yang mana satu terbaik untuk kulit berjerawat?”
Memang rumit nak cari toner sesuai dengan kulit kita, lagi-lagi yang jenis sensitif dan mula naik merawat bila meletakkan sesuatu di wajah.
First thing first, apa itu toner? Perlu ke guna toner selepas rutin pembersihan? Toner adalah larutan cecair yang disapukan pada kulit dengan cotton pad. Kamu menggunakannya hanya selepas pembersihan dan sebelum rawatan dan pelembap. Toner dapat membantu menghilangkan sisa kotoran, solekan, dan minyak berlebihan.
Soalan paling biasa kita tanya, boleh ke toner hilangkan jerawat?
Toner dapat membantu memperbaiki jerawat dan cela, tetapi ia tidak akan membersihkan jerawat yang berterusan.
- Foto – SkinKraft
Maksudnya, bahan yang terkandung dalam toner juga perlu dititik beratkan, asalkan mengandungi bahan pencegah jerawat seperti salicylic acid atau benzoyl peroxide. Produk dengan ramuan ini membantu membersihkan liang pori dan mencegah bintik hitam dan jerawat kecil terbentuk.
Macam mana nak pilih toner untuk kulit jerawat?
Untuk membantu memerangi dan mencegah cacat cela, cari produk dengan ramuan pencegah jerawat. Lihatlah bahan aktif sama ada benzoyl peroxide atau salicylic acid.
- Foto – Skin Guide
Elakkan toner dengan bahan aktif ini jika kamu mengambil sebarang rawatan jerawat, seperti krim atau ubat-ubatan. Menggunakan terlalu banyak produk ubat pada kulit boleh menyebabkan kulit kering, dan menjengkelkan. Sebagai ganti, cari toner yang mengandungi bahan menenangkan seperti lidah buaya atau gliserin.
Perhatikan bagaimana produk buat kamu rasa, adakah membakar dan menyengat, itu maksudnya toner terlalu kuat untuk kulit kamu. Sebaliknya carilah toner yang menjadikan kulit berasa segar dan bersih, dan tidak memberi reaksi bila digunakan.
Toner yang dermatologi cadangkan untuk kulit sensitif dan jerawat
Dermatologi mencadangkan untuk kulit berjerawat atau kering dan sensitif, elak toner berasaskan alkohol sama sekali. Bahan-bahan yang boleh bermanfaat untuk kulit sensitif adalah bahan pelembab seperti gliserin, antioksidan seperti vitamin C, dan bahan anti-radang.
Thayers Alcohol-Free Rose Petal Witch Hazel Facial Toner (BELI)
- Foto – Business Insider
Avène Gentle Toning Lotion (BELI)
- Foto – Shopee
Sulwhasoo Essential Balancing Water (BELI)
- Foto – Sephora
Paula’s Choice Skin Recovery Enriched Calming Toner (BELI)
- Foto – Paula’s Choice
Jurlique Rosewater Balancing Mist (BELI)
- Foto – Jurlique
Kesimpulan, bila nak cari toner, sila perhatikan bahan yang terkandung di dalamnya. Ambil produk bebas alkohol. Ya, bukan semua alkohol buruk, tetapi jika kamu mempunyai kulit sensitif, jauhkan, kerana boleh menjadi terlalu keras dan kering.
Selamat beramal!