Soalan biasa kita tanya diri sendiri, “elok ke tak pakai panty liner setiap?”
Memakai panty liner setiap hari sebenarnya tidak memudaratkan asalkan rutin ditukar ganti paling lama setiap 4 jam. Sebenarnya panty liner itu sendiri selamat untuk kesihatan faraj. Walau bagaimanapun, yang perlu kamu elakkan adalah menggunakannya terlalu lama dan jarang diganti.
Jarang ganti panty liner akan menimbulkan pelbagai risiko kesihatan, antaranya ialah..
Iritasi Pada Vagina
- Foto – Hertravelogue
Bila langsung tidak diganti, kamu berisiko menyebabkan iritasi pada vulva yang bersentuhan dengan produk. Ini biasanya berlaku kerana panty liner yang dijual di pasaran biasanya tidak dibuat dari 100% kapas yang lembut dan selamat untuk kulit.
Alahan Wangian & Peluntur
Banyak produk panty liner kini dicampurkan dengan beberapa bahan pewangi yang mengandungi sebatian organik yang tidak menentu (VOC).
Bagi wanita yang alah terhadap bahan-bahan ini, walaupun memakai panty liner sekali boleh menyebabkan reaksi alergi pada kawasan faraj seperti gatal, terbakar dan kemerahan kulit.
Jangkitan Vagina
Vagina yang sihat bila dapat bernafas serta peredaran udara yang mencukupi. Pori-pori di seluar dalam sebenarnya berfungsi membantu mendapatkan udara yang cukup.
- Foto – Wiki How
Jika kamu menggunakan panty liner, pori-pori akan ditutup oleh bahagian plastik panty liner yang melekat pada seluar dalam. Kesannya, tidak mengalami peredaran udara yang baik, menjadikannya lembap dan hangat. Kawasan lembap dan hangat disukai oleh bakteria dan kulat yang menyebabkan jangkitan faraj.
Tidak bahaya pakai panty liner setiap hari. Tapi sebaiknya tukar panty liner secara berkala maksimum 4 jam sekali. Pastikan vagina kering dan tidak basah bila memakai panty liner. Elak menggunanya sepanjang hari, sekali-sekala beri peluang kepada vagina untuk ‘bernafas’.
Selamat beramal!