Jangan sesekali skip toner! Toner dapat membantu menghilangkan sisa kotoran, solekan dan minyak berlebihan.
Memakai toner membantu mengecilkan pori dan membolehkan kulit untuk menyerap lembapan secara optimum. Gunakan toner selepas anda mencuci muka.
Baru-baru ini penulis mencuba satu toner yang cukup popular, Etude House Soon Jung Toner. Produk yang menggunakan bahan simple ini ternyata diyakini untuk semua jenis kulit, termasuklah yang sensitif seperti penulis.
Etude House Soon Jung pH 5.5 Relief Toner Sangat Menenang Dan Menghidrat
Toner ini menggunakan 97% bahan yang diperoleh secara semula jadi dan mempunyai pH rendah 5.5 untuk memastikan kulit seimbang dan terhidrat sepanjang hari.
Toner jernih seperti air ini menggunakan toner jernih seperti air ini menggunakan madecassoside dan panthenol untuk menghidrat dan memperbaiki kerosakan kulit secara mendalam.
- Foto – Etude House
Dengan formula hipoalergeniknya yang sederhana dan bebas daripada perengsa berpotensi seperti wangian sintetik, minyak mineral atau paraben, toner ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit, terutama yang kulit sensitif.
Etude House Soon Jung pH 5.5 Relief Toner adalah toner yang menenangkan dan menghidratkan yang menjadikan kulit anda tenang sepanjang hari.
Wanista Guna Etude House Soon Jung Toner
Penulis menggunakan toner ini selepas mencuci muka. Titiskan pada kapas, dan apply di keseluruhan muka, segala kotoran yang berlebihan dapat dihilangkan.
- Foto – Etude House
Tekstur sangat ringan, berair dan langsung tiada bau menyebabkan ia sangat selesa dipakai. Sekali pakai, produk ini masuk ke dalam kulit dengan baik. Sangat melembap, pakai di pagi hari sampai ke tengah hari masih kekal lembap. Sesuai sangat untuk yang duduk dalam penghawa dingin sepanjang hari.
Tidak merengsakan kulit, lebih-lebih lagi untuk yang kulit sensitif, anda rasa selesa saja.
Reaksi Pengguna Pada Etude House Soon Jung Toner
- Foto – Etude House
- Foto – Etude House
- Foto – Etude House
Final verdict? Beri penulis masa dalam tiga minggu untuk lihat perubahan yang ketara. Setakat ini kesan melembap memang penulis suka, penulis duduk bawah aircond jadi ini satu kebaikan pada kulit.
Harga juga sangat murah, anda boleh dapatkan secara atas talian di Hermo dan Shopee dengan harga berpatutan.
Anda kena cuba sendiri hype pada toner ini.