Kulit naik jerawat kerana hormon? Bukan anda seorang, penulis pun kerap mengalaminya, lebih-lebih lagi bila datang bulan. Jerawat yang tidak diundang mulalah datang menziarahi.
Hormonal acne atau jerawat hormon merujuk kepada jerawat yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Ia disebabkan oleh akil baligh, menopaus, haid dan juga gangguan hormon seperti PCOS.
Kebanyakannya muncul di dagu, hidung dan dahi. Jerawat hormon dicirikan oleh jerawat yang penuh dengan nanah yang menyakitkan. Ia juga boleh muncul sebagai jerawat kecil yang kelihatan seperti ruam. Selalunya meninggalkan parut dan tanda pada kulit.
Face Oil Terbaik Untuk Merawat Jerawat Hormon
Nak tahu minyak penjagaan kulit juga boleh membantu menghilangkan dan mengecut.
Cari minyak penjagaan kulit yang semula jadi mempunyai sifat astringen, tidak menyumbat liang dan membantu menyahtoksin dan membersihkan toksin. Berikut adalah face oil yang berkesan untuk jerawat hormon.
Black Seed Oil
- Foto – Pinterest
Black seed oil mempunyai sifat antibakteria yang kuat. Sangat bagus untuk menyahtoksin dan membersihkan toksin dari kulit. Minyak ini membantu membersihkan jangkitan dari jerawat yang menyakitkan.
Argan Oil
- Foto – Pinterest
Salah satu minyak terbaik untuk jerawat adalah minyak argan. Ia tidak akan menyumbat liang pori, menghidrat kulit yang mudah berjerawat dan mempunyai tekstur yang halus.
Rosehip Oil
- Foto – Arkib Wanista
Diekstrak dari rosehip, minyak ini sangat bagus untuk membersihkan parut jerawat. Ia membantu parut jerawat hormon hilang dengan lebih cepat. Ia juga mempunyai kandungan linoleic acid rendah yang baik untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak / berjerawat.
Evening Primrose Oil
- Foto – Wellness
Minyak ini bagus untuk mengatur hormon. Ia boleh disapu terus ke kulit dengan menusuk kapsul dan menggosokkan minyak pada kulit secara langsung. Ia juga baik untuk sebum tidak melekit yang sihat yang tidak menyumbat liang.
Safflower Oil
Minyak ini mempunyai peringkat komedogenik yang kosong. Ia membantu mengimbangi minyak semula jadi pada kulit tanpa menyumbat liang.
- Foto – Amazon
Walau bagaimanapun, jika kulit mengalami reaksi serta alahan bila memakai face oil, lakukan rutin penjagaan di bawah boleh membantu.
- Basuh muka pada waktu pagi dan petang.
- Jangan pakai produk terlalu kerap, ia boleh mengeringkan kulit dan meningkatkan kegatalan.
- Pakai pelindung matahari setiap hari.
- Gunakan hanya produk bukan komedogenik untuk mengurangkan risiko pori tersumbat.
Ingat setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza, mungkin ada yang elok menggunakan face oil, mungkin juga tidak, jadi lakukan test di tangan sebelum pakai ke muka.
Selamat beramal!