Sekiranya kamu rasa ingin membersihkan rumah, dapatkan inspirasi dari TikTok, di mana hashtag #SpringCleaning menyediakan pelbagai tips dan trik yang banyak membantu isi rumah.
Seperti menggunakan pumice stone atau kita panggil batu apung/pumis untuk membersihkan mangkuk tandas yang sudah berkeladak.
@eldredgecleaning Remove tough toilet 🚽 bowl stains#eldredgecleaning #fyp #foryoupage #cleaningszn #springcleaning #momsoftiktok #over30 #over40
Sental Mangkuk Tandas Dengan Batu Apung
Sekiranya mangkuk tandas kotor, @eldredgecleaning kongsi tips cara pembersihan dengan hanya cleaning spray, berus tandas, sarung tangan getah dan batu apung.
Pertama, semburkan mangkuk dan biarkan rendam selama 15 minit. Kemudian, gosok dengan berus dan jirus. Seterusnya, dengan memakai sarung tangan, gosokkan kotoran yang tersisa dengan batu apung dalam gerakan membulat sampai sisa hilang. Lihat, mangkuk tandas bersih berkilat dan wangi.
Batu Apung Bagus Untuk Membersihkan Tandas Porselin
Diakui batu apung bagus untuk membersihkan tandas porselin tanpa perlu menggosok terlalu kuat. Selain membersihkan tandas, batu apung juga boleh digunakan pada permukaan keras lain, seperti ubin, rak oven dan alat logam berkarat.
Jangan gunakan batu apung untuk membersihkan tandas marmar, lamina, plastik atau gentian kaca, berbuat demikian akan menyebabkan calar kekal.
Menarikkan. Selamat beramal!