Lemak di badan dah mula ketara? Mungkin dah tiba masanya kamu mulakan program diet bagi menurunkan berat badan untuk mendapatkan badan ideal.
Bila diet, menu pemakanan sangat penting, kamu kena cut beberapa makanan seperti goreng, manis, garam dan macam-macam. Kamu kena banyak makan sayur dan buah untuk mendapatkan khasiat kesihatan.
Dalam banyak-banyak diet artis K-Pop, Blackpink Jennie punya diet khususnya tidak ekstrem dan boleh kita praktik secara harian.
- Foto – Pinterest
Dipetik dari Cosmopolitan, Jennie mengatakan bahawa walaupun tengah break, dia tetap bersenam dan menjaga apa yang dia makan. Dan ketika membuat persiapan untuk comeback, dia lebih strict dengan dietnya.
“Saya hanya makan bubur bila menjalani diet tanpa garam kerana saya cenderung untuk bengkak di muka ketika makan banyak makanan masin. Setiap hari saya makan avocado salad dengan segelas jus detoks.
Avocado Salad
Daun salad, sebiji avocado, setengah tin campuran kekacang, tomato, madu dan lemon, boleh tambahkan dada ayam atau telur untuk protein. Jangan letak garam jadi rasanya bland.
- Foto – Pinterest
Avocado salad dimakan setiap hari ketika sarapan pagi bersama jus detox.
Jus Detox
- Foto – Juice
Kamu boleh beli yang sedia ada di kedai atau kisar campuran sayur-sayuran seperti kale, bayam, lobak, bersama buah-buah kegemaran epal, beet, tembikai, nanas, kiwi, oren.
Jennie juga seimbangkan dengan workout biasanya iaitu fly yoga dan pilates.
Lakukan rutin ini secara seminggu dan lihat perubahannya. Pengalaman penulis, minum detox memang membantu untuk melancarkan sistem pembuangan.