Terus berada dalam perhubungan toksik sangat tidak menyihatkan. Sampai bila nak berpura-pura sedangkan kamu sedang sakit dan merana?
Tapi pernah ke kita bertanya kenapa ada wanita yang sanggup meneruskan perhubungan toksik ini walhal mereka tahu akan kesengsaraannya?
Takut Dengan Kesunyian
Menurut sebuah kajian, rasa takut untuk bersendirian menyebabkan ramai hidup dalam hubungan yang merosakkan, dengan alasan bahawa lebih baik empunyai pasangan yang tidak sempurna daripada menjadi bujang.
- Foto – Talkspace
Masyarakat kadang-kadang boleh membuat orang berfikir bahawa bujang atau bersendirian adalah perkara negatif, walhal pada hakikatnya, sama sekali tidak ada yang salah dengannya.
Mempunyai Harga Diri Yang Rendah
Kajian juga menunjukkan bahawa orang yang mempunyai harga diri yang rendah mempunyai kecenderungan untuk tinggal dalam hubungan yang tidak sihat.
Kerana berada dalam hubungan toksik sekin lama, mudah bagi orang untuk terjebak dengan kepercayaan bahawa mereka bersalah atas tingkah laku toksik pasangan mereka.
Percaya Bahawa Keadaan Akan Berubah
Kebanyakan orang yang berada dalam hubungan toksik kadang-kadang berpegang teguh kerana mereka mencintai pasangannya dan percaya bahawa sesuatu akan bertambah baik suatu hari nanti atau hubungan itu dapat diselamatkan.
- Foto – The Healthy
Mereka juga mungkin menganggap bahawa tingkah laku pasangan mereka yang tidak sihat adalah hasil dari keadaan yang sukar. Tetapi pada hakikatnya, tingkah laku itu bertambah buruk dari masa ke masa.
Takut Akan Penolakan
Sebab lain mungkin kerana penolakan. Mereka kekal berada dalam hubungan toksik kerana mereka takut ditolak di masa depan, jadi mereka memilih terikat dengan pasangan sekarang.
Orang yang takut ditolak boleh mengalami kesukaran untuk mengekspresikan diri, menyatakan pemikiran mereka, dan berdiri sendiri.
Tanya pada diri ‘sampai bila nak menangis dalam perhubungan yang toksik ini?’ Hubungan yang sihat bila mana pasangan satu sama lain menghormati, toleransi dan saling menyayangi, serta menerima diri seadanya.