Pernah mengesyaki seseorang yang anda kenali mungkin sosiopat?
Sosiopat dan psikopat? Ramai orang sering keliru akan istilah sosiopat dan psikopat. Sebenarnya kedua ini tidak berbeza dari segi klinikal. Kedua-dua istilah tersebut merujuk kepada orang yang mempunyai gangguan keperibadian antisosial (antisocial personality disorder – ASPD).
Mereka yang mempunyai ASPD tidak memperhatikan hak atau perasaan orang lain, tidak mempunyai rasa empati dan penyesalan atas kesalahan, dan sanggup mengeksploitasi dan memanipulasi orang lain untuk keuntungan peribadi.
Sosiopat mempunyai tingkah laku yang kurang konsisten daripada psikopat. Sosiopat mengalami anxiety (kegelisahan) dan lebih sukar untuk dikawal, manakala psikopat lebih terkawal dan menawan.
Corak tingkah laku individu sosiopat merangkumi
- Foto – Health Magazine
1. Tidak menghormati norma atau undang-undang sosial. Mereka secara konsisten melanggar undang-undang atau melampaui batas sosial.
2. Berbohong, menipu orang lain, menggunakan identiti palsu atau nama samaran, dan menggunakan orang lain untuk keuntungan peribadi.
3. Tidak membuat rancangan jangka panjang. Mereka juga sering berkelakuan tanpa memikirkan akibatnya.
4. Menunjukkan tingkah laku agresif. Mereka selalu bertengkar atau membahayakan orang lain secara fizikal.
5. Tidak memikirkan keselamatan mereka sendiri atau keselamatan orang lain.
6. Tidak bertanggungjawab sama ada peribadi atau profesional. Ini termasuk berulang kali terlambat bekerja atau tidak membayar bil tepat pada waktunya.
7. Tidak merasa bersalah atau menyesal kerana telah menyakiti atau menganiaya orang lain.
Seseorang dengan sosiopat tidak mungkin mendapatkan bantuan profesional atau menyedari bahawa mereka mempunyai ASPD.
Sukar untuk merawat individu yang menghidap ASPD, termasuk sosiopat. Terapi jangka panjang diperlukan, yang sangat sukar kerana sosiopat mungkin tidak menyedari masalahnya. Sekiranya seorang sosiopat bersedia melalui terapi, penglibatan keluarga dapat membantu.
Semoga ini dapat membantu anda.