Siapa peminat avocado? Tahniah, tahap kesihatan anda berada dalam keadaan yang baik.
Seperti yang kita tahu, avocado adalah salah satu makanan yang padat nutrien. Kaya dengan serat, folate, potassium, vitamin E, dan magnesium di antara semua buah yang ada. Profil pemakanan ini menjadikannya layak digelar seperfood.
Kalau anda baru berjinak nak makan avocado, berikut antara menu sarapan dan snek boleh dicuba. Sangat mudah, mengenyangkan dan semestinya penuh khasiat.
Telur Hancur Avocado
Sekiranya anda ingin sarapan penuh protein dan serat yang mengenyangkan, masukkan setengah biji avocado ke dalam telur hancur.
- Foto – The Daily Meal
Tambahkan avocado yang dipotong dada ke dalam telur anda semasa memasaknya dalam kuali. Masukkan avocado semasa telur dimasak separuh untuk mengelakkan avocado terbakar.
Roti Bakar
- Foto – Youtube
Sediakan roti bakar seperti biasa, ambil sebiji avocado dan lenyekkan dan letak atas roti bakar tersebut. Boleh tambah telur goreng, dan taburkan black pepper atau garam untuk tambahkan rasa.
Guacamole
Nak makan ala-ala Mexico, sediakan nachos dan sos pencicah avocado iaitu guacamole.
- Foto – Eat Me
Nak membuatnya menggunakan avocado, bawang merah, bawang putih, tomato, cili merah, limau nipis, daun ketumbar, dan perasa garam serta lada hitam.
Salad Diet
- Foto – Keto Diet
Beli salad yang sedia ada di pasaran, tambahkan avocado dan telur, dan balsamic sebagai dressing. Memang sedap dan mengenyangkan.
Popia Vietnam
Satu lagi snek ringan yang menyihatkan dan baik untuk diet ialah popia Vietnam.
- Foto – California
Basic popia vietnam adalah vietnam rice paper, suun, daun ketumbar dan udang. Tapi, sebenarnya macam-macam bahan anda boleh isi dalam vietnam spring roll mengikut citarasa masing-masing.
Sandwich
Kamu juga boleh sediakan sandwich avocado untuk sarapan, makanan tengahari atau snek ringan, atau mungkin juga makan malam.
- Foto – Ruchi Kitchen
Anda boleh buat sandwich bersama tuna, telur atau salmon mengikut cita rasa masing-masing.
Avocado Rice Bowl
- Foto – Pinterest
Anda mencari pilihan makanan yang sihat, avocado rice bowl dengan bahan-bahan berkhasiat tidak akan membuat anda berasa lapar selepas itu.
Kita digalakkan mengambil avocado setiap hari. Avocado tinggi lemak sihat dan mengandungi vitamin E dan C, yang penting untuk kulit yang sihat.
Lemak sihat bermanfaat untuk banyak fungsi badan, termasuk mencapai kulit yang sihat dan bersinar. Ia penting untuk menjaga kulit yang fleksibel, lembap dan membantu mengurangkan penampilan penuaan.