Bintik-bintik hitam di kulit, pigmentasi atau kesan jerawat menjadi halangan untuk mendapatkan kulit sempurna yang bersih dan berseri.
Prihatin dengan masalah wanita, Nanowhite memperkenalkan rangkaian baharu yang dipertingkatkan serta penampilan produk serba baharu ‘Nanowhite Spot Correction Advanced Serum.’
Nanowhite Spot Correction Advanced Serum
- Foto – Nanowhite
Diuji secara dermatologi dan klinikal untuk menyediakan keputusan terbukti pengurangan bintik-bintik gelap dan memastikan wajah yang lebih berseri dalam masa 4 hari.
Arbutin Dan Niacinamide Ramuan Utama
Hasil dalam masa 4 hari diperoleh kerana ramuan utamanya Arbutin. Arbutin adalah ekstrak molekul daripada tumbuhan bearberry yang terbukti untuk mencegah pembentukan melanin, mencerahkan bintik hitam secara efektif, mengurangkan kesan parut jerawat serta memperbaiki penampilan wajah dengan tona kulit yang lebih rata.
- Foto – Nanowhite
Nanowhite Spot Correction Advanced Serum juga mengandungi Niacinamide, sejenis nutrien yang diformulasi khusus untuk memperhalusi pori-pori dan tekstur kulit. Keyakinan anda pasti terserlah apabila kulit lebih licin dan cerah.
Teknologi Pengkapsulan Nano Agen Pencerah
Teknologi pengkapsulan nano menyampaikan ejen pencerah ke bahagian dalam kulit dan melepaskannya apabila diperlukan.
Gabungan teknologi dan ramuan utama melengkapkan Nanowhite Spot Correction Advanced Serum, serum sempurna yang mencerahkan bintik-bintik gelap dan parut jerawat bagi tona kulit yang lebih cerah dan sekata, serta mengekalkan kelembapan kulit dan mengecilkan pori-pori.
- Foto – Nanowhite
Rangkaian ini dijual antara RM25.50 sehingga RM79.90 dan boleh didapati di rangkaian fizikal dan dalam talian seperti Shopee, Lazada, Watsons dan Guardian.