Setiap orang lain-lain personalitinya, ada orang yang suka menghabiskan masa dengan teman, ada sebilangan yang senang dan sebenarnya lebih bahagia ketika bersendirian, daripada berkongsi masa berharga dengan orang lain.
Kalau nak tahu, kita boleh detect individu sebegini melalui zodiak mereka. Zodiak mempengaruhi personaliti setiap orang.
Capricorn: 23 December – 20 January
Capricorn sangat selektif ketika berkawan dan tidak mempercayai orang dengan mudah. Mereka suka dikelilingi oleh fikiran dan emosi mereka sendiri.
Mereka lebih suka tinggal bersendirian, menikmati aktiviti rekreasi sendiri, dan tidak keluar hanya untuk membuang masa berharga mereka.
Cancer: 22 June – 22 July
- Foto – Insider
Mereka sensitif dan beremosi. Mereka lebih suka bersendirian daripada berinteraksi dengan orang dan terluka. Mereka suka bersendirian dan menghabiskan masa dengan produktif.
Scorpio: 24 October – 22 November
Mereka memerlukan masa untuk memproses emosi mereka dan mengatur pemikiran mereka. Mereka mendengar buah fikiran mereka sendiri dan menganalisis bagaimana perasaan mereka terhadap sesuatu perkara.
Aquarius: 21 January – 19 February
Sama ada melancong, menonton wayang atau tinggal di rumah, malah ketika menyelesaikan tugasan, Aquarius seorang yang independent.
- Foto – Savoir Flair
Pendapat mereka mengenai perkara mungkin jauh berbeza dengan pendapat orang ramai. Daripada mengganggu keperluan orang lain di sisi mereka, mereka lebih suka memenuhi keperluan mereka sendiri dan tetap bahagia.
Pisces: 20 February – 20 March
Pisces hidup dalam dunia mereka sendiri. Daripada dikelilingi oleh seseorang yang mengganggu mereka dengan pendapat yang tidak diingini, mereka lebih memilih untuk tinggal di rumah dan tidur siang.
Mereka juga imaginative dan kreatif, suka kebebasan untuk melakukan perkara-perkara yang mereka sukai dan menghabiskan masa mengikut kadar mereka sendiri.
Virgo: 22 August – 23 September
Fikiran orang Virgo sangat sibuk, mereka tidak mengambil pusing akan orang disekeliling.
- Foto – Flickr
Daripada berborak, mereka memilih aktiviti yang disukainya seperti seni, membaca, mumasak, dan lain-lain sebagai peneman ketika bersendirian.
Ada Virgo yang yang pemalu, lagi-lagi bila dikelilingi orang tidak dikenali akan membuat mereka tidak selesa. Oleh itu, mereka memilih untuk tinggal bersendirian.