Kamu boleh menghilangkan dagu barlapis dengan hanya menggunakan gua sha! Siapa nak belajar caranya?
Tapi betul ke gua sha boleh membantu? Jawapannya, ya! Gua sha berkesan dalam menghilangkan dagu berlapis. Pastikan kamu mengamalkannya secara berkala selama beberapa minggu, ingat, ini bukan sesuatu yang boleh kamu lakukan sekali saja untuk hasil ajaib segera.
Yang kamu perlukan hanyalah alat gua sha dan teknik yang betul.
Gua Sha Merangsang Kulit
Hanya mengurut dengan lembut di sepanjang kulit, gua sha meningkatkan peredaran darah dan limfa untuk detoksifikasi dan pembaikan wajah.
- Foto – Getty
Urutan menggunakan gua sha juga mampu mengetatkan liang dan mengundang pengeluaran kolagen. Kolagen membantu meningkatkan keanjalan, dan semakin elastik kulit kamu, semakin kecil lemak bertapak di bawah dagu.
Viral di TikTok, kebanyakan pengguna bersumpah bahawa teknik gua sha dapat menghilangkan dagu lapis, dan seterusnya menggantikan botoks.
Tutorial Gua Sha
@arwaakhu Gua Sha double chin tutorial #fyp #foryou #skincare #tips #selfcare
Kamu memerlukan facial oil untuk menambahkan slip pada kulit. Kamu juga memerlukan alatan gua sha yang halus dan rata untuk melakukan pengikisan.
Dengan menggunakan batu bian, jade, atau rose quartz, mengurut dari titik tekanan ke titik tekanan dan dalam gerakan lembut lain untuk mempromosikan saliran limfa.
Memandangkan ia menjadi trend TikTok yang viral, dengan pengguna menunjukkan gambar yang luar biasa sebelum dan selepas gambar wajah mereka selepas melakukan gua sha.
Jadi kamu patut cuba kaedah semula jadi ini dan memanfaatkan penggunaan gua sha dalam seminggu sekali.