Sembelit dialami oleh sesiapa saja, walaupun ubat-ubatan dan pemakanan boleh membantu, beberapa orang mungkin berminta dengan terapi alternatif.
Walaupun yoga mungkin bukan perkara pertama yang terlintas dalam fikiran ketika mengalami sembelit, ada beberapa bukti yang menunjukkan bahawa yoga dapat membantu mengurangkannya.
Kajian pada orang yang menghidap irritable bowel syndrome (IBS) menunjukkan bahawa yoga boleh menjadi terapi alternatif yang efektif untuk simptom-simptom utama, seperti sembelit dan cirit-birit.
Beberapa pose yoga dapat memanipulasi saluran pencernaan seseorang dan dapat membantu melegakan sembelit dengan mendorong saluran pencernaan membuang najis atau gas.
Cobra Pose
- Foto – FirstCry Parenting
Cobra Pose tidak memerlukan kamu twist badan, tetapi dapat membantu mengurangkan gejala lain, seperti gas.
Wind-Relieving
- Foto – Deposit
Pose yang dapat membantu mengurangkan gas yang berkaitan dengan sembelit.
The Bow Pose
- Foto – Elizabeth Nadine
Pose ini menguatkan semua otot perut. Pose ini bagus untuk mereka yang mengalami masalah gas dan pencernaan kerana memberi tekanan pada perut.
Supine Spinal Twist
- Foto – Do You Yoga
Putaran terlentang juga dapat membantu seseorang mengurangkan sembelit.
Garland Pose
- Foto – The Yoga Collective
Squat dianggap sebagai posisi paling anatomi untuk sembelit. Ia meningkatkan sudut anorektal yang menjadikan najis lebih mudah untuk dilalui. Pose ini menguatkan otot perut dan meningkatkan fungsi usus besar.
Setiap pose tahan selama beberapa nafas dan lepas secara perlahan. Yoga dapat menolong seseorang melegakan masalah sembelit. Pose yang berbeza dapat mendorong saluran pencernaan membuang najis atau gas.