Flawless betul Adele dalam foto terbaru yang dikongsikan di Instagram. Menyarung jersi merah England, Adele ceria dengan penampilan barunya yang langsing dan wajah glowing tanpa sebarang mekap.
Ini bukan kali pertama peminat memuji kecantikan semula jadi penyanyi bersuara hebat ini. Walaupun jarang posting di media sosial, tetapi sejak kebelakangan ini Adele mencuri tumpuan dengan penampilan bareface.
Bersihkan Mekap Dengan Micellar Water
- Foto – Pharmacy
Makeup artist Adele, Michael Ashton baru-baru ini berkongsi maklumat mengenai rutin penjagaan kulit. Tidak memberitahu step rutin dengan spesifik, micellar water seperti Bioderma atau La Roche-Posay adalah pilihannya untuk pembersihan.
Double Cleanse Cara Adele
Double cleansing sesuai untuk anda yang selalu mengenakan solekan atau seharian dengan solekan tebal. Apa yang perlukan dua jenis pencuci muka iaitu dari jenis minyak, sama ada facial oil atau facial balm dan pencuci muka biasa.
Setelah anda menanggalkan solekan dengan makeup remover, mulakan cucian muka dengan pembersih muka jenis minyak. Bilas muka seperti biasa dan cuci muka anda dengan pencuci muka biasa anda.
Mungkin selepas in anda boleh cuba cara Adele yang serius tak merumitkan ini. Selamat beramal!