Sepatutnya selepas makan, anda rasa selesa dan relaks, tetapi tiba-tiba terasa senak dan badan tidak selesa, itu merupakan tanda-tanda kembung perut.
Kejadian kembung perut merupakan perkara biasa dialami semua orang pada peringkat usia. Nak ubatinya, anda perlu melakukan perubahan pada tabiat makan. Berikut adalah beberapa petua untuk membantu anda mengelakkan episod kembung perut yang tidak selesa.
Perhatikan Pengambilan Serat
Makanan berserat seperti bijirin, kekacang boleh menjadi penyebab biasa kembung perut. Walaupun makanan ini dipromosikan sebagai lebih sihat, tetapi kandungan serat yang boleh menyebabkan kembung pada setengah orang.
Elak Makanan Berlemak
Makanan yang tinggi lemak memerlukan masa lebih lama untuk diproses oleh badan. Lemak bergerak perlahan melalui saluran pencernaan, dan ini boleh menyebabkan kembung.
Mengehadkan pengambilan makanan goreng, proses, dan yang berlemak boleh membantu pencernaan dan kesihatan keseluruhan.
Hadkan Minuman Berkarbonat
Air berkarbonat dan soda adalah penyebab utama kembung perut. Semasa anda mengambil minuman ini, gas karbon dioksida akan bertambah di dalam badan, ini dengan cepat boleh menyebabkan kembung, terutamanya jika kamu meminumnya dengan cepat.
Makan Dengan Perlahan
Anda boleh mengubati kembung dengan perhatikan cara anda makan. Makan dengan lebih perlahan memberi keselesaan kepada perut kerana anda tidak terburu-buru, di samping mengurangkan pengambilan makanan secara keseluruhan.
Pergi Berjalan
Di sini bermaksud, selesai makan janganlah anda terus baring tetapi cuba berjalan di sekitar. Tidak dinafikan faedah bersenam untuk kesihatan dan kesejahteraan anda secara keseluruhan.
Bersenam dapat mengurangkan penumpukan gas yang menyumbang kepada kembung. Berjalan sekejap dapat meredakan kembung selepas makan.
Makan dengan perlahan dan minum banyak air memang membantu kembung perut. Satu lagi cara, anda mengambil secawan teh pudina panas dapat memberikan penyembuhan daripada gas dan kesakitan berpunca dari gas. Pudina boleh menyebabkan pedih ulu hati dan tindak balas asid.
Selamat Beramal!