Melayari internet, kita lihat makin ramai ibu bapa menutup muka anak mereka di laman media sosial bila mereka berkongsi suatu gambar. Mereka gunakan emoji, kaburkan muka dan macam-macam lagi cara. Tidak hanya golongan selebriti, tapi orang biasa juga praktik perkara yang sama.
Kenapa ye? Apa alasan mereka berbuat mereka?
Menjaga Privasi
Alasan paling ketara adalah bagi menjaga privasi anak yang masih kecil. Pakar percaya bahawa penting untuk bertanya kepada anak-anak sama ada mereka mahu gambar mereka dikongsi kepada umum atau tidak.
- Foto – Brightside
Malah, pakar menekankan ibu bapa perlu berfikir sebelum berkongsi maklumat mengenai anak-anak mereka, termasuk gambar. Hal ini bagi menghormati hak privasi anak-anak dan ibu bapa, agar perkara-perkara buruk tidak berlaku di kemudian hari.
Mengenai Keselamatan Mereka
Sebab lain mengapa banyak ibu bapa lebih suka menyembunyikan muka anak-anak mereka adalah kerana faktor keselamatan. Anda tidak pernah tahu siapa yang akan melihat gambar anak-anak anda atau bagaimana mereka akan menggunakannya.
- Foto – Instagram
Malangnya, ada orang di internet yang berpotensi membahayakan anak anda. Gambar yang anda kongsi dengan niat baik untuk menunjukkan kepada dunia betapa comel, cantik, pintar, atau berbakatnya anak anda, boleh digunakan dan dikongsi oleh orang lain dengan cara yang tidak pernah anda fikirkan.
Setiap ibu bapa mempunyai alasan tersendiri untuk berkongsi atau tidak gambar anak-anak di media sosial. Tetapi sebaiknya elak berkongsi segala maklumat malah gambar kepada dunia.